Ibrah Revolusi Perancis

OLEH: Amirul Mukminin

.
Revolusi adalah reaksi spontan alami dari manusia. Hukum Revolusi umpama hukum fizik blowback, apabila sesuatu objek ditekan, maka kekuatan yang sama akan diterima sebagai reaksi. (Amirul M.A: 2017). Oleh itu kita dipertontonkan dengan sejumlah penekanan dan sejumlah revolusi sebagai reaksi. Baik gagal atau Berjaya. Baik didokong sentiment agama atau sekular.
.
PARIS 1789 - 1799: “liberte egalite fraternite” (kebebasan-Kesaksamaan-Persaudaraan) menjadi teriakan rakyat di jalan-jalan Paris,  ditangan mereka erat mengenggam senjata yang mungkin apa sahaja, kayu, penyodok, cakar, mahupun senjata api rakyat menjadi berang dengan perut yang kosong. Otak yang penuh idealism dan bersedia memenggal kepala para koruptor. Wanita bukan lagi haiwan tetapi adalah sebahgian dari amukkan ini.
.
Revolusi perancis merupakan dari rentetan Peperangan 7 Tahun. Rakyat merasa tertekan dengan system pencukaian yang tidak popular dijalankan oleh kerajaan Perancis bagi menutup hutang Negara. Perasaan ini dipanaskan lagi dengan strukutur sosio-politik Negara itu dimana golongan atasan, aristocrat dan keluarga diraja tidak dikenakan cukai. Bahkan kerajaan memperuntukkan sejumlah 50% dari bajet untuk mereka ini sedangkan rakyat dalam keadaan papa , keterhadan sumber makanan dan terbeban dengan pembayaran cukai. Selain itu golongan agama sering memanipulasi nas-nas suci demi mengukuhkan kedudukan dan polisi-polisi keraajan.
.
Gerakan kesedaran mula disebarkan oleh golongan intelektual di zaman pencerahan menjadi inspirasi kepada rakyat. Kant misalnya mencabar autoriti agamawan dan membina keyakinan kepada fakulti rasional dan kemampuan untuk mentadbir sendiri bukannya bergantung pada autoriti semata. Tidak ada manusia yang lebih dari yang lain. Dengan itulah Rakyat bangkit atas kesedaran intelektual dan melancarkan beberapa cubaan menjatuhkan kerajaan. Cubaan demi cubaan ini membuatkan kerajaan mengadakan sidang rakyat sebagai respon kepada permintaan untuk mengislahan politik. Raja Lois XVI mengambil pendekatan pengadakan sidang rakyat dengan mewujudkan 3 lapisan (Estate) di panggil sebagai :

•Penguasa/ Pendeta agama (Paderi),
•Bangsawan
•Rakyat jelata.

Percubaan ‘islah’ ini gagal apabila rakyat merasa bosan disisihkan lantas mewujudkan parlimen mereka sendiri.
.
Gerakan pro rakyat, membawa idea pro-kebebasan, negara republik yang ditunjang oleh demokrasi dan pro-kesaksamaan diantara rakyat, kemajuan dan progresif disebut sebagai gerakan liberal. Beerti bebas. Sempena gerakan itu membawa agenda kebebasan hak rakyat dan demokratik.
.
Peringkat pertama Revolusi menyaksikan ahli-ahli Penguasa Harta Ketiga (Estate ke3), menyerang  Bastille (penjara yang menahan tahanan politik) pada bulan Julai, walaupun penjara itu hanya menyimpan 7 orang tahanan akan tetapi yang lebih penting adalah penjara tersebut turut menyimpan senjata api. Diikuti dengan Deklarasi Hak Manusia dan Rakyat pada bulan Ogos, dan perarakan wanita di Versailles yang memaksa kerajaan mengembalikan Mahkamah DiRaja ke Paris pada bulan Oktober. Lagi , salah satu peristiwa penting pada revolusi di peringkat pertama ialah ,  bulan Ogos 1789, terjadinya  penghapusan feudalisme dan peraturan lama serta penghapusan segala keistimewaan yang tersisa untuk Regim Ancien .
.
Beberapa tahun kemudiannya memaparkan beberapa siri pertempuran politik antara pelbagai perhimpunan liberal dan penyokong gerakan kanan pro-monarki  dengan tujuan  untuk menggagalkan pembaharuan sistem negara. Takdir menyebelahi rakyat. Pada September 1792 penubuhan Republik telah disihtiharkan selepas kemenangan Rakyat Perancis di Valmy. Dalam satu peristiwa penting itu, gerakan revolusi ini menerima  kutukan dari regim dan kuasa antarabangsa ,regim monarki antarabangsa ketika itu (disini merujuk pada kuasa-kuasa Eropah) merasa amat tergugat dengan tindakan rakyat Perancis ini, kerana revolusi merupakan virus yang boleh berjangkit dan meruntuhkan order lama, namun tanpa menghiraukan semuanya Raja  Louis XVI tetap dihukum mati  telah pada Januari 1793.

.
IMPAK  IDEA PENCERAHAN , REVOLUSI PERANCIS ATAS DUNIA HARI INI.
Seperti disebutkan bahawa gerakan pencerahan adalah gerakan intelektual yang mengilhami revolusi ini. Para intelektual Pencerahan terdiri dari pelbagai latar termasuk filusuf, ahli politik, budayawan dan artis. Teknik penyampaian selain buku turut melibatkan diskusi diantara sanitis, diskusi di kedai-kedai kopi , persembahan teater dan syair, atau trend sekarang mungkin kita masukkan dalam lirik lagu, drama tv, atau komik. Begitulah ia.

Zaman Pencerahan juga disebut sebagai Age of reason, Zaman akliah dimana ketinggian intelek dan daya fikir menjadi tunjang kepada perubahan politik,sosial dan ekonomi. Melawan kebobrokan penguasa dan agamawan dalam membantutkan pemikiran dan kemajuan rakyat di eropah secara Amnya. Di Perancis sejarawan meletakkan 1715 adalah tahun mulanya pencerahan berlaku. Melalui pengalaman ini Pencerahan perancis banyak tertumpu kepada mematahkan mitos kemutlakkan kuasa monarki, dan dogma Gereja Katolik Roman, menganalisa perkara secara sainstifik dan ilmiah berbanding kepercayaan karut-marut.
.
Pokoknya aspirasi dari Revolusi ini adalah keberanian untuk mencuba dan bereksperimentasi. Revolusi Perancis telah menemui beberapa kali cubaan gagal tapi tanpa eksperimen manalah manusia mampu kehadapan . Baik dalam sains mahupun keilmuan, baik dalam kehidupan harian, mahupun politik. Revolusi ini memecahkan ketakutan bereksperimentasi .
.
Dari perkembangan ilmu, penerbitan Zaman Pencerahan yang paling berpengaruh adalah Encyclopédie (ensiklopedia). Diterbitkan di antara 1751 dan 1772 dalam tiga puluh lima jilid, ia disusun oleh Denis Diderot, Jean le Rond d'Alembert (sehingga 1759), dan  150 saintis dan ahli falsafah. Ia memudahkan lagi menyebarkan idea-idea Pencerahan di seluruh Eropah. Penerbitan yang menjadi mercu gerakan ini,  antara lainnya adalah filsafat Voltaire Dictionnaire philosophique (Philosophical Dictionary; 1764)dan Letters on the English (1733); Rousseau's Discourse on Inequality (1754) dan The Social Contract (1762); Adam Smith dengan buku magnum opus-nya The Wealth of Nations (1776); Montesquieu Spirit of the Laws (1748)
.
Di peringkat global, Revolusi ini menyebarkan idea republikisme dan demokrasi. Ia Inspirasi membawa kepada pembangunan idea , falsafah dan wacana politik modern hari ini : liberalisme, radikalisme, nasionalisme, sosialisme, feminisme, dan sekularisme, dan lainnya . Beberapa dokumen utama berbuah dari revolusi ini, seperti Deklarasi Hak Manusia, memperluaskan arena hak asasi manusia untuk wanita dan hamba, yang membawa kepada gerakkan  penghapusan hamba dan penindasan wanita di abad ini dan telah pun menjadi sebahgian dari deklerasi PBB ataupun undang-undang antarabangsa. Revolusi ini juga menjadi inspirasi kepada revolusi-revolusi yang berlaku selepasnya.  Seperti Revolusi Amerika,Revolusi Bolshevik , termasuk Arab spring menurut saya yang tentu mempunyai kemiripan dan pattern yang hampir serupa (perbahasannya lebih panjang).
.
Sebagai negara bangsa Perancis. Revolusi ini merupakan  sebuah pembaharuan system yang memungkinkan mereka menjadi Kuasa Besar (super power ) hingga hari ini. Ini kerana sistem politik, sosial dan ekonomi yang ampuh mengukuhkan dasar luar sesebuah negara hasil dari perubahan dibuat pasca-revolusi dengan  roh pembaharuan . Kekuatan ketenteraan yang berpadu selepas revolusi itu turut memberi kuasa pengaruh melalui ekspedisi menjajah. Realiti kuasa besar ini membolehkan Perancis juga menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, menjadi suara utama Kesatuan Eropah dan kuasa lunak utama mereka adalah peradaban dan kekayaan ilmu.
.
Pengaruh revolusi agung ini sangat rinci dan panjang jika saya teruskan namun saya mahu rumuskan dengan beberapa nota bahawa:
1- Revolusi adalah suara alami manusia dan harus dibentuk dengan makanan akaliah!.
2- Revolusi Perancis memberi impak kepada kuasa antarabangsa di zamannya, dan perubahan politik dunia selepasnya.
3- Revolusi perancis adalah manifestasi dan political action dari kesederan dan idealism intelektual zaman Pencerahan.
4-Revolusi mampu berjangkit dan mengugat kuasa-kuasa besar antarabangsa
5-Keberanian bereksperimentasi memangkin kemajuan manusia.


___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA

Comments