OLEH: Mohd Halmi Kg Gajah
1)Tuk Perak @ Haji Abdul Rahman
Peristiwa Dusun Nyior (Narathiwat), Thailand,telah berlaku pada 26 April 1948 akibat tindakan polis Siam yang menyerang secara membabi buta umat Islam seramai 60 /80 orang yang sedang berkumpul di Surau Kampung Teka, Dusun Nyior atas tuduhan ingin menggulingkan kerajaan.
Serangan polis Siam tersebut menyebabkan ratusan umat Melayu Pattani bangun melawan polis Siam. Seramai 400- 600 umat Melayu mati syahid dalam kebangkitan ini. Manakala 30 orang polis Siam terkorban.
Perlawanan/ Kebangkitan ini menurut Mohd. Zamberi A.Malek diketuai oleh Tuk Perak atau Haji Abdul Rahman yang berasal dari Perak. Kemungkinan besar dari daerah Hulu Perak, Pengkalan Hulu@ Kroh, Gerik mahupun Kampung Belum yang tidak jauh dengan Kampung Dusun Nyior.
2) Ahmad Boestamam
Dalam buku "Dr.Burhanuddin Putera Setia Melayu Raya,", Ahmad Boestamam menulis bahawa setelah pengharaman PKMM dan sayap pemudanya Angkatan Pemuda Insaf( API) pada tahun 1948, dia bertemu dengan Mohd Amin, anak Tuan Guru Haji Sulung di Taiping.
Setelah berbincang dan bertukar pendapat, Ahmad Boestamam setuju untuk menghantar puluhan anggota API untuk berjuang di Pattani.
Semua mereka akan berkumpul di Padang Rengas pada mulanya, kemudian akan berangkat ke Gerik dan akhirnya menunggu kedatangan utusan Pejuang Pattani di Kampung Lalang, Baling, Kedah.
Tapi setelah menunggu seminggu di dalam hutan, utusan yang dijanjikan tidak kunjung tiba, akhirnya semua mereka pulang dengan linangan air mata.
Angkatan mereka terpaksa dibubarkan.
___________________________
~ Mohd Halmi Kg Gajah ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Sumber: Harimau Malaya, Biografi Tengku Mahmood Mahyidden, Mohd Zamberi A Malek, Dr.Burhanuddin Putera Melayu Setia Raya, Ahmad Boestamam, Penghantar Sejarah Pattani, Ahmad Fathy al Fatani


Comments
Post a Comment