Bangsa Yang Melonjakkan China Menguasai Bidang Maritim

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



BANGSA YANG MELONJAKKAN CHINA MENGUASAI BIDANG MARITIM

Penguasaan Maritim China bermula pada penghujung Dinasti Song dan di awal Dinasti Yuan. Siapakah yang memajukan sistem perkapalan, perdagangan di perlabuhan dan menunjuk jalan laut kepada Negara China?

Kisahnya bermula sejak Dinasti Han apabila Maharaja Wudi menakluk kawasan utara epicilago Bangsa Melayu, iaitu terjajahnya Annam di Vietnam. Sejak itu Bangsa Melayu telah mula berdagang secara aktif dengan China melalui perlabuhan selatan terutamanya Annam dan Ghuanzhou.

Entah bagaimana, setelah zaman berlaku, Islam telah masuk ke jiwa bangsa Melayu Champa. Namun mereka dihadang oleh musibah besar, kemungkinan oleh dua faktor iaitu serangan Raja Chola dari Selatan India atau hambatan agama oleh penduduk tempatan yang menganut Hindu-Buddha.

Bangsa Melayu Champa yang beragama Islam ini hijrah bersama sanak saudara mereka menggunakan kapal-kapal besar hingga menuju ke wilayah Fujian, selatan China. Mereka menggunakan nama keluarga 'Pu' setelah berasimilasi dengan penduduk tempatan. Mereka juga mendirikan kawasan ibadat dan terkenal sebagai kawasan larangan kepada memakan babi.

Aktiviti pelayaran dan perdagangan terus mereka lakukan sehingga perlabuhan Quanzhou di kawasan Fujian menjadi kawalan mereka. Akhirnya sekitar 1270, Maharaja Song melantik Pu Shoe Geng sebagai Pegawai Maritim China dan Shahbandar Quanzhou.

Beliau telah membaiki sistem perlabuhan dan memberi input teknologi perkapalan kepada China. Daripadanya juga bangsa china memiliki kapal jung yang kemudian hari dunia menganggap jung berasal dari China.

Tidak lama kemudian, Kerajaan Song tumpas ke tangan bangsa Monggolia, tetapi Jendral Yuan ketika menghampiri Fujian, dia telah melihat kekuatan yang dimiliki oleh warga Cina Bangsa Melayu Champa. Maka Kerajaan Yuan yang berbangsa Monggolia itu telah menawarkan keselamatan dan sekaligus jawatan kepada Pu Shoe Geng.

Maka setelah masuk era Dinasti Yuan, Pu Shoe Geng terus menjadi Pegawai Maritim China sekaligus Shahbandar Quanzhou. Dengan tambahan tugas baharu iaitu merekacipta kapal perang yang dikenal sebagai jong. Maharaja Yuan telah memerintahkan beliau menyiapkan 200 jong besar serta meneroka jalan laut untuk perdagangan dan perluasan kuasa.

Keterlibatan Bangsa Melayu Islam Champa dalam kemajuan maritim China sehingga sesudah zaman itu mereka muncul sebagai kuasa besar di laut, jarang dibicarkan oleh serajahwan Cina lantaran keturunan 'Pu' sering dianggap pengkhianat kepada orang Cina berbangsa Han. Keturunan 'Pu' dianggap pendokong kepada Bangsa Manchu.


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments