OLEH: La Bougiez
Pernah tonton filem Bang Rajan? tertanya-tanya tentang gaya rambut mereka?
Dalam sebuah artikel penulisan Anthony Reid, beliau ada menyentuh tentang gaya rambut orang-orang Asia Tenggara. Salah satu yang menarik minat aku untuk berkongsi adalah gaya rambut wanita dan lelaki Siam.
Anthony Reid berpendapat gaya ini muncul sekitar kurun ke 17 apabila banyak tawanan dari kemboja( khmer) di bawa masuk ke Siam, gaya rambut ini datang dari kalangan hamba dan para tawanan untuk membezakan status mereka dari golongan bangsawan.
Sementara dalam kronik Chiangmai sekitar kurun ke15 menceritakan peristiwa seorang mata-mata yang memotong pendek rambutnya agar tidak menarik perhatian orang ramai di Ayutthaya.Menurut beberapa catatan lagi dalam artikel yang sama, gaya rambut pendek ini di gayakan oleh wanita siam disebabkan oleh murkah raja, seperti yang di kisahkan dalam sebuah hikayat Melayu yang menceritakan perihal raja Siam yang sangat marah kerana nasi yang dihidangkan bercampur helaian rambut. (Ricklefs and Voorhoeve 1977).
Sedangkan cerita lainnya menyatakan bahwa hal ini berlaku untuk menipu orang Burma yang sedang menyerang Siam supaya beranggapan bahwa kaum wanita yang berada di garis belakang pertempuran adalah pasukan tentera lelaki (Smith 1946: 80).
Walaupun pada mulanya potongan rambut bergaya "pompaduor" ini adalah untuk kelas bawahan, tetapi raja-raja siam dikemudian hari menjadikan potongan rambut ini sebagai gaya nasional bagi orang Siam/Thailand. Seperti yang pernah digayakan oleh para bangsawan dan aristokrat Siam, termasuk ratu raja Mongkut di tahun 1864.
Apakah ada kemungkinan gaya rambut pompaduor yang sangat di gemari golongan hipster ini berasal dari gaya rambut para hamba Siam dan Khmer?
Sumber: Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga, Jilid 1 ,ms 89.
___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment