Kenapa Putin?

OLEH: Amirul Mukminin

Suka atau tidak Vlamidir Putin merupakan antara orang paling berkuasa dalam dunia. Suka atau tidak Putin mengoncang hegemoni kuasa bloc barat dan lebih tepatnya Amerika dan untuk sebahagian pakar analisa mungkin menyatakan ia adalah mengugat orde liberal. 2018 bakal menyaksikan pertandingan ‘tahta’ presiden Russia dan mari kita sepintas lalu lihat siapa putin dan kemana beliau membawa negaranya?


PUTIN DARI PERISIK KE PEMERINTAH.
Lenggok jalan beliau cukuplah mengambarkan latar beliau. Bahasa badan seorang pegawai tentera, Putin telah berkhidmat dengan KGB (perisikan Soviet Union) yang bertugas di German Timur pulang ke kampong halamannya di St Peterburg disaat kejatuhan Soviet Union dan mendapat posisi politik bilamana mantan Profesornya Anatoly Sobchack memegang jawatan sebagai datuk Bandar. Dari situ beliau naik perlahan-lahan. Sebagai seorang mantan perisik beliau punya keazaman, misi yang jitu dan paling penting kesabaran. Beliau berpindah ke Moscow pada 1996 dan menyertai pentadbiran Presiden Boris Yeltsin, disana beliau diberi kedudukan untuk menguruskan pemindahan perbendarahaan Soviet ke Negara persekutuan Russia. Kedudukan beliau meningkat dengan dan menjadi Pemangku Presiden pada 31 Disember 1999, sewaktu Yeltsin meletak jawatan.

 Putin memenangi pemilihan presiden pada tahun 2000 dengan margin 53% - 30%, mengalahkan calon dari Parti komunis, Gennady Zyuganov. Beliau dipilih semula sebagai Presiden pada tahun 2004 dengan 72% undi. Namun pada tahun 2008, Putin dihimpit dengan pelembagaan yang menghalang beliau dari menjawat presiden lagi. Maka Putin telah meletakkan orang kuatnya Dmitry Medvedev untuk bertanding dan berjanji untuk melantik Putin sebagai  Perdana Menteri pula. Permainan ‘silap mata’ ini bukan lah benda baharu. Pakatan Harapan misalnya mempunyai cita-cita sama dalam pelantikan Perdana Menteri, dan telah pun mengunakannya untuk pilihanraya permatang pauh 2008 dan langkah kajang. Tempoh permainan silap mata Putin-Medvedev di panggil Tandemocracy , bahkan ini selari dengan perlembagaan Russia dalam bab 6-(artikel 111-114). Pada September 2011, selepas pindaan dibuat, terma presiden dilanjutkan dari empat hingga enam tahun, Putin mengumumkan beliau akan mencari penggal ketiga sebagai presiden. Dia memenangi pilihan raya presiden Mac 2012 dengan 64% undi, sejajar dengan hasil kajian dibuat sebelum pilihan raya.

Populariti Putin bukan main-main. Beliau di merit oleh rakyatnya berdasarkan pencapaian yang tak terhingga antaranya seperti berikut ; Putin telah meingkatkan dalam keadaan Russia dibawah masalah ekonomi, GDP Russia dalam penggal pertamanya sebanyak 70% (sumber : IMF report) .Beliau menyelesaikan kriris makanan Russia. Putin membenteras kuasa-kuasa pendanaan politik dari tycoon / jutawan Russia dan menghilangkan kuasa "oligarki juwatan" - dengan menutup beberapa saluran media dan menjalankan prosiding pendakwaan jenayah terhadap pelbagai tokoh yang terlibat. Beliau menghadapi situasi yang sulit menghadapi ‘pengganas wahabi’ di Chechnya dan Degistan. Pada tahun 2002 Putin mengisytiharkan kempen ketenteraan ke daerah itu. Beliau juga melancarkan Dasar Luar Expansionism , memperlihatkan kekuatan kuasa keras/ketenteraan Russia di Kremia dan Georgia. Putin dengan licinnya membina personality maskulin dan karismatik melalui propaganda media. Tak hairanlah rakyat kagum dengannya tatkala melihat beliau menunggang kuda tanpa pakaian dipergunungan, menyelam dengan archaeologist, berkarate , memburu hidupan liar, dan bergambar dengan harimau yang ditangkapnya. Russia di tahun 2008an dan sebelumnya mengalami krisis populasi tetapi dibawah polisi dan kempen Putin.  Russia kembali menuju kepada negara berpopulasi muda. Putin juga lantang bersuara di pentas dunia, samaada PBB atau world economic forum menghujat kedudukan Amerika dan sekutu Uncle Sam itu.

Tak kurang juga skandal dan kleptokrasi dibawah beliau. Sejak mula kemasukkan beliau dalam politik, beliau telah mengunakan kaedah hacking  untuk memadam kes jenayah beliau semasa dalam perisikan dahulu. Dalam pembentukkan ekonomi, menyelesaikan krisis makanan, menghapuskan tycoon oligraki dsb beliau mengunakan khidmat teman karib dan krooni beliau untuk menjayakannya. Disebalik persembahan hari mengangkat sumpah pula bukan sedikit kes kekacauan dibuat polis demi untuk memperlihatkan proses itu sesempurna 100%. Media pula dikunci mulut, laporan dari Freedom House, Amnesty dan banyak lagi menunjukkan media telah dikawal sejak 2012 sebanyak 75% dan makin ketat dari hari ke hari. Begitu banyak pendakwaan tidak adil di mahkamah . Tak kurang juga misteri kematian pembangkang utama Boris Nemtov , walau kerajaan menangkap ‘penganas wahabi’ dari Chechen malangnya keluarga Nemtov mendakwa itu hanya sendiwara.


PUTIN vs HEGEMONI BARAT?
Putin bagaikan ‘dewa’ perang yang berseorangan melawan hegemoni barat. Beliau merupakan alpha man dan sentrik didalam misi ini jelas dilihat dengan penubuhan dan persekutuan BRICs, dan bagaimana beliau menjadi Pendamai Paksa kepada Xi dan Modi pada September 2017. Kepimpinan beliau dalam BRICs merupakan langkah revolusi menentang hegemoni ekonomi IMF dan Bank Dunia yang baginya menyebelahi barat. Namun,siapakah barat disini ?. Russia am-nya sentiasa menjadi masalah dalam pengketogorian ini. Apakah Russia itu barat kerana dekatnya sejarah, geografi dan budaya barat berbanding timur seperti sebelum Perang Dunia I? Atau mereka itu Timur hanya kerana mereka tidak sekufu dengan idealogi ‘barat’ sejak perang dingin?.

Walaupun pertumbuhan BRICs yang dilihat sebagai senjata geoekonomi itu kelihatan gah. Hakikatnya ia agak lambat. Sejak sekian lama Russia gagal memahami perang geoekonomi, tidak seperti Amerika yang memang arif dalam perihal ini sejak sekian lama. Justeru Russia masih agak old-school. Putin mengikuti rentak soviet sedikit-banyak. Peruntuhan iron-maiden Kremia telah diterima balas dengan sekatan ekonomi  dari seluruh sekutu barat terutama semua anggota EU dan Austrialia, New Zealand, Jepun, Amerika, Kanada, semua negara dari Scandinavia. Akibatnya harga minyak di Russia tidak menentu, Rube jatuh merudum dan harga makanan mendadak naik.

Putin juga Berjaya mengikat semula negara-negara bekat jajahan Soviet. Putin meletakkan puppetnya di Chechen. Putin memperkukuhkan hubungan dengan Kirgizstan, Belarus, Kazakhstan, Dagestan, Georgia, Aphakzia, dan lainnya.  Memain peranan geostrategic utama dalam mengekalkan Asad demi melawan kebangkitan kuasa Turki. Beliau dengan baiknya telah mengadakan pembahagian kuasa dan territory kepada Amerika sebelum Berjaya mengekalkan Bashar Asad sedangkan polisi Amerika yang berbolak balik (antara kekal dan tumbangkan) manakala Turki dari awal mahu menukar regim di Syria. Langkah Putin di Asia barat dan Asia tengah sedikit sebanyak menganggu actor rantau seperti Saudi, Iran dan Turki, juga hegemoni blok Amerika. Ini termasuk membuli laut hitam dan ruangan udara mereka. Putin juga telah membantu banyak Korea Utara dengan mengeksport teknologi ketenteraan dan menjadi ‘abang long’ kepada negara gila itu. Secara psiko-analisis pula, Putin dengan watak maskulinati beliau acapkali mendominasi apa-apa rundingan bersama Angela Merkel.

Anehnya, Putin mempunyai hubungan baik dengan mana-mana golongan konservetif atau kanan berbanding liberal, beliau sukakan Bush dan Trump ketimpang Obama dan begitu juga dengan golongan autokratik lainnya. Putin juga telah menjalinkan hubungan paling rapat dengan Israel dalam sejarah sejak zaman soviet, dimana Soviet merupakan Negara pertama mengiktiraf de-facto Israel diawal pendudukan Israel di tanah kontroversi itu. Walaupun pun sedikit sebanyak terpengaruh dengan rentak strategi dan semangat soviet, tetapi pendekatan Putin terhadap agamawan tidak kurang hebatnya. Beliau pandai berpolitik terutama dengan gereja ortodoks dan sufi muslim di daerah yang gagal ditanggapi oleh soviet dengan baik. Tidak hairanlah beliau sering digambarkan sebagai The Tsar.

Seorang pemain bola sepak lagenda Maradona menyatakan beliau percaya bahawa Putin melawan hegemoni barat. Bukan sekali bahkan banyak sarjana IR mengakuinya . Tapi dalam usaha Putin menjadikan dunia kepada multi-kutub, Putin terus menerima asakkan bilamana agen propaganda Russia RT Amerika dipaksa berdaftar sebagai agensi berita asing pada Nov2017. Putin juga dituduh telah meng’hijack’ pilihanraya Presiden bagi menaikkan Trump. Russia dihalang menyertai Olimpik 2018 oleh The International Olympic Committee (IOC) atas dakwaan pengambilan dadah oleh Etlit. Kendatipun Putin belum memutuskan pendirian beliau untuk bertanding, dengan adanya permainan tanggapan ini, dan suasana inilah Putin telah dan bakal menerima sokongan popular untuk pilihanraya 2018 nanti. Bukan mengejutkan permainan persepsi yang sama juga telah memanangkan Tayyip Erdogan dalam pemilihan presiden beliau. Bahawa Negara dibawah ancaman kuasa barat dan kita (Turki/Russia) sebagai Negara-bangsa berdiri sendiri melawan dunia !.

Cuma persoalan besar apakah strategi Russia untuk Dasar Luarnya nanti ? apakah pendekatan strategi baharu yang akan digunakan pada tahun 2018 ? (saya menjangkakan) mungkin sahaja Putin akan cuba mengukuhkan kedudukan Asad, kestabilan dalaman Iran dan memperkukuhkan sekutunya di Asia Tengah , BRICs, sebelum menjegah lebih jauh untuk kuasa keras geopolitik Russia disamping Russia bakal membetulkan semula kedudukan ekonomi yang kian terjejas.

___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA

Comments