OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Bangsa Cina hanya mahir belayar di kawasan sungai, tasik dan pinggir laut. Mereka kurang mahir dalam perlayaran laut lepas. Dikatakan mereka takut kepada angin monsun.
Projek memperkasakan ilmu pelayaran laut dalam dimulakan pada zaman Dinasti Song, dengan melantik Po Shu Gang sebagai Pegawai Maritim. Dia sebenarnya adalah keturunan melayu Champa.
Melalui Po Shu Gang inilah Jong Cina Pertama dicipta. Dan kapal jong asalnya teknologi Melayu Jawa. Tetapi malangnya ramai menyangka kata 'Jong' adalah dari Bahasa Cina dan Bangsa Melayu menyerapnya. Padahal ia adalah kata Jawa.
Ketika Song ditewaskan oleh banga Turk dan mereka tubuhkan Dinasti Yuan, Po Su Gang masih menjadi Pegawai Maritim.
Maharaj Yuan memerintahkan Po Su Gang menghasilkan kapal jong yg banyak (saya lupa berapa banyak). Dan saya kira kapal inilah yg diguna untuk menyerang Nusantara.
Dan ketika banga Turk menyerang Jawa, mereka memang kurang mahir dalam perlayaran dan peperangan laut. Akhirnya mereka tewas teruk dan menanggung malu besar.
Jong cina berubah bentuk mengikut zaman dan mereka menjadi mahir belayar pada zaman Ming.
Beza terbesar antar jong cina dan melayu adalah pada lambung (hull) dan kemudi.
Kapal melayu menggunakan lambung lancip yg berbentuk V manakala jung cina menggunakan lambung leper / datar / flat ( |__| ). (lambung eropah berbentuk U). Kemudian kemudi Melayu bersifat ganda, satu di kanan dan satu di kiri. Kapal cina menggunakan kemudi tunggal di tengah-tengah.
Banga Melayu sangat mahir dalam perang laut. Contoh yg lain adalah dalam Hikayat Pattani, dimana kapal Siam ditenggelam kan ketika mengejar Raja Pattani.
Gambar hiasan dari -AliExpress-
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment