OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Maharaja Vikramaditya yang berdiam di Kota Ujjain di bahagian utara merupakan raja besar yang melagenda.
Berbeza pula dengan Kalendar Saka yang dikaitkan dengan tahun pertabalan Maharaja Chashtana di Kerajaan Dinasti Kardamaka yang merupakan sebuah wilayah lindungan Ujjain. Kalendar ini lebih dikenal sebagai Era Saka. Sedangkan kalendar yang lebih lama atau dikenal sebagai Era Shaka Lama, tidak dapat dipastikan tahun bila ia bermula.Kalendar Saka (Era Saka) atau diringkas sebagai 'S' ini banyak dipakai oleh umat Nusantara sebelum berislam. Contohnya di Masjid Agung Demak, terdapat ukiran kura-kura yang menggambarkan tahun pembinaannya. Kepala kura-kura mewakili 1, empat kaki mewakili 4, badangnya mewakili 0 dan ekor mewakili 1. Hasilnya adalah tahun 1401 S.
Kalendar ini mula sedikit lewat dari Kalendar Masihi, iaitu bermula pada 78M. Bermakna pada tahun ini, baharu 1939 S.
Kalendar Tamil pula lebih tua. Pada 14 April 2017, tahun baru bagi Kaliyugam 5119 (K) telah bermula.
Kemudian pula adalah Kalendar Buddha yang dipanggil dalam Bahasa Pali sebagai Sasana Sakaraj (SS). Tahun ini sudah dihitung masuk 2561 SS. Ia mula dikira dari tahun kematian Sidrata. Maknanya dianggarkan Sidrata mati 543 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Jika disusun berdasarkan tahun menuruh: dari tua kepada muda maka kita akan dapati, tahun 2017M bersamaan dengan:
(1) 5119 K - Kalendar Tamil
(2) 2561 SS - Kalendar Buddha
(3) 2074 V - Kalendar Hindu
(4) 1939 S - Kalendar Saka
Sebenarnya di India itu telah wujud pelbagai jenis kalendar lagi selain dari yang disinggung diatas.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment