OLEH: Raja Adley Paris
1. Pada zaman Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah ibn Almarhum Sultan Mahmud Shah, Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan (Sultan yang Pertama) pada zaman itu ditetapkan Sultan Muda dan Raja Muda kedua-duanya boleh jadi ‘Sultan’ tetapi jika ‘Sultan Muda’ berkehendaklah dengan syarat.
2. Pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Shah (Sultan yang kaf-dal-lam-alif-pa-dal), Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan, pada zaman itu yang ditetapkan Raja Muda boleh naik kepada ‘Yang Dipertuan Sultan Muda.’
3. Pada zaman Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah yang ketiga (Sultan yang ketiga belas) ibn Almarhum Sultan Mansur Shah, Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada zaman itu ditetapkan gelaran Anak-anak Raja Waris Negeri, Bakal Raja Muda Wakil Sultan Perak:
i. Raja Di Hilir
ii. Raja Di Hulu
iii. Raja Di Darat
iv. Raja Di Baruh
v. Raja Kechil Besar
vi. Raja Kechil Sulong
vii. Raja Kechil Tengah
viii. Raja Kechil Muda
Maka inilah ‘Bakal’ Raja Muda pada zaman Sultan Muzaffar Shah. Tetapi terutama siapa-siapa yang bergelar ‘Raja Di Hilir’ inilah yang dahulu dapat gelaran ‘Raja Muda’ kerana pada zaman itu Bendahara daripada bangsa Megat.
4. Pada zaman Paduka Seri Sultan Iskandar Inayat Shah ibn Almarhum Sultan Muhammad Shah, Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan (Sultan yang kelima belas).
Raja Kimas ibn Almarhum Sultan Muhammad Shah menjadi Raja Muda Wakil Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Raja Alauddin ibn Almarhum Sultan Muhammad Shah menjadi Raja Bendahara Wakil al-Sultan Wazirul Kabir Negeri Perak Darul Ridzuan.
Dan pada zaman Sultan Iskandar Inayat Shah dan Raja Muda Kimas ditetapkan pula gelaran ‘Raja Bendahara ‘ boleh jadi Raja Muda dan Sultan Perak; kerana pada zaman Sultan Iskandar Inayat Shah, Bendahara daripada bangsa Megat dan zaman itu bangsa Megat telah memulangkan kebesaran Bendaharanya jadi digelar oleh Sultan adindanya, Raja Alauddin menjadi Bendahara. Maka ditetapkan oleh Sultan Iskandar Inayat Shah gelaran Anak Raja Waris Negeri Bakal Raja Bendahara.
i. Raja Di Hilir
ii. Raja Di Hulu (sekarang kosong)
iii. Raja Di Darat (sekarang kosong)
iv. Raja Di Baruh (sekarang kosong)
v. Raja Kechil Besar (sekarang kosong)
vi. Raja Kechil Sulong
vii. Raja Kechil Tengah
viii. Raja Kechil Muda
ix. Raja Kechil Bongsu
Maka di dalam gelaran yang tersebut di atas itu ‘Bakal Raja Bendahara’. Tetapi yang terutama siapa-siapa yang sudah bergelar dikurniai Allah gelaran ‘Raja Di Hilir’ ialah ‘Bakal Raja Bendahara’; lain-lain itu tiada boleh melintas Raja Di Hilir sebab semuanya itu ialah kepalanya.
Lampiran
RUJUKAN
Wan Abdul Karim bin Wan Abdul Hamid (Kerani YM Orang Kaya Temenggung Paduka Raja Perak). Tawarikh Raja-raja dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan. hlm. 9-13
___________________________
~ Raja Adley Paris ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment