OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Mohammad Yamin, sejarahwan, sastrawan, budayawan dan ahli hukum Indonesia yang tergolong dalam Pahlawan Nasional Indonesia menyimpulkan bahawa sejarah adalah ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan bahan kenyataan.
Manakala Raden Muhammad Ali yang terkenal dengan buku 'Pengantar Ilmu Sejarah Indonesia' berpendapat seperti itu juga bahawa sejarah merupakan keseluruhan perubahan dan kejadian-kejadian yang benar-benar telah terjadi.
Makanya dari dua pandangan tokoh ini dapat disimpulkan bahawa sejarah paling kurang memerlukan dua ciri utama:
(1) Kejadian yang berlaku di masa lalu
(2) Kejadian tersebut benar-benar terjadi
Sesuatu yang sedang berlaku, tidak pantas disebut sejarah. Begitu juga sebuah peristiwa yang tidak terbukti benar terjadi maka tidak layak dianggap sejarah.
Kejadian lalu yang benar-benar berlaku, tidak perlu dimasukkan ke dalam 'sejarah' untuk menjadikannya 'sebuah sejarah', lantaran seperti yang telah ditakrifkan di awal tadi betapa sejarah itu adalah peristiwa yang telah terjadi.
Kata 'dimasukkan' punya kata lawan iaitu 'dikeluarkan'. Apakah boleh sesuatu kejadian yang telah terjadi dapat dikeluarkan agar ia tidak menjadi sejarah?
Dalam bahasa kasar, hanya orang bodoh sahaja berfikir 'sesuatu kejadian perlu dimasukkan untuk ianya menjadi sebuah sejarah'.
Peristiwa yang didapatkan dari data-data yang dikumpul sama ada dari sumber primer, sekunder atau tersier akan diolahtafsir oleh ahli sejarah saat melakukan usaha penyusunan sejarah (pensejarahan) atau nama lainnya historiografi.
Pensejarahan adalah bentuk publikasi (sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan) mengenai peristiwa-peristiwa di masa lampau. Dalam pensejarahanlah banyak berlaku ketidakadilan atas banyak sebab.
Disinilah ahli sejarah mentafsir mengikut ilmu yang mereka miliki, merenung dengan mata sendiri, terkadang memakai data-data yang tidak akurat - jika dalam Sejarah Islam dikenal sebagai sumber yang dhaif atau mauduk -, mengetepikan data yang menyalahi pegangannya, bersifat taasub, memang bermatlamatkan untuk menyudutkan (memberi gambaran negatif) pihak lawan dan sebagainya.
Jika ada pensejarahan yang tidak adil, pasti akan ada juga pensejarahan yang jujur. Lalu ahli sejarah di kemudian hari akan melakukan kerja-kerja tahqiq untuk mencari kebenaran.
Apapun pensejarahan tidak dapat dilakukan andai sejarah tidak terjadi. Seperti 'Malam Ketuk Cawan dan 8 Hakim Barbarian' benar-benar terjadi. Kata-kata sebahagian mereka memang direkodkan oleh beberapa saksi kejadian - sumber primer. Cumanya mungkin akan ada dua tafsiran yang berbeza mengikut mazhab yang dianut: sama ada mazhab 8 hakim atau mazhab orang yang dihakimi itu.
Gambar hiasan dari -ZonaReferensi-
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment