OLEH: Pen Merah
26 Mac bermulanya serangan 2 roket Hamas yang mengenai sebuah rumah kediaman masyarakat Yahudi di Tel Aviv, di mana memusnahkan sebuah rumah dan membiarkan 7 lain cedera, ekoran kejadian serangan roket, tentera Israel (IDF) melancarkan serangan balas balik dengan memusnahkan pejabat pentadbiran dan kem tentera Hamas.
Serangan ini dilancarkan susulan daripada tindakan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang masuk campur tangan dan tindakkannya yang berat sebelah dengan mengiktiraf Bukit Golan sebagai hak milik Israel.
Tidak hairan jika serangan sedemikian dilakukan kerana pilihanraya Israel akan diadakan tidak lama lagi bermula 2 minggu dari sekarang. Konflik dalaman politik Israel yang Melibatkan Benjamin Netanyahu juga turut memainkan peranan kerana parti Pembangkang Israel ( Parti Pekerja Buruh Zionis) akan menjanjikan penyerahan beberapa tanah kepada orang Arab Palestin sekiranya parti pembangkang menang dalam pilihanraya Israel. Maka sebab dari itu, Perlunya Donald Trump dalam situasi ini bagi meyakinkan lagi komuniti Israel untuk bertanding atas tiket parti Benjamin Netanyahu.
Isu campur tangan President Donald Trump dalam konflik Israel dan Palestin bukan perkara baharu malah semenjak memenangi pilihanraya Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump banyak memberikan dana dan bantuan kepada Israel. Buat kali pertamanya, kem tentera Amerika Syarikat telah dioperasikan di selatan Israel di Gurun Negev dan sistem pemintas peluru beraltitud tinggi ( THAAD ) turut diaturgerakkan bagi melindungi kepentingan Israel.
Bak kata Presiden Donald Trump "we never had a great, cherish and trusty allies like Israel"
ucaptama di perkarangan White House
Rujukan
1. https://www.aljazeera.com/news/2019/03/trump-formally-recognises-israeli-sovereignty-golan-heights-190325153937336.html
2. http://www.astroawani.com/berita-dunia/pm-israel-ancam-sedia-banyak-serangan-ke-atas-gaza-202290
3, https://www.google.com.my/amp/s/www.timesofisrael.com/in-first-us-establishes-permanent-military-base-in-israel/amp/
4. https://www.defensenews.com/land/2019/03/04/in-first-us-deploys-thaad-anti-missile-system-in-israel/
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment