OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Sebagaimana mereka perlu tahu medium kesukaan Suku Melayu-Riau, Suku Jawa, Suku Batak dan banyak lagi. Apakah kertas atau buluh atau kulit haiwan dan sebagainya.
Naskah Prasasti tersebut sengaja di pahat dan di letakkan di kawasan umum untuk peringatan kepada warga.
Setengah orang awam menganggap bahawa bangsa yang menulis prasasti adalah bangsa yang kurang mahir baca-tulis serta tidak ada buku kertas.
Dalam konteks bangsa Melayu, buku karya yang kandung segala bagai ilmu yang ditulis oleh leluhur: telah musnah atau dicuri.
Bangsa Veit dan Thai yang menjajah negara Melayu (Suku Cham dan Mon) telah memusnahkan perpustakaan negara dan membakar segala buku yang ada dalam jumlah ribuan.
Khabarnya, sebahagian kecil ilmu dari buku tersebut telah sempat di catit oleh ilmuan China sebelum longgokan kitab Melayu di cucuh api oleh Bangsa Veit.
Dakwaan beberapa pakar dan saya kuat percaya apa yang dikajinya itu benar; bahawa Bangsa Melayu lebih awal maju dari Bangsa India dan Cina.
Konon nya dicatitkan cendiakawan China belajar banyak ilmu dari Kerajaan Funan dan Angkor.
Malah telah dijumpai jambatan batu yang terkambus di tanah Funan. Terkambus sehingga terlupakan oleh bangsanya sendiri.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment