Kisah Tinggalan Sejarah Di Pendang, Kedah

OLEH: Freddie Aziz Jasbindar



Beberapa kisah, cerita sejarah di sekitar kawasan Pendang, Kedah sebenarnya sudah lama dijejaki oleh para peminat sejarah tempatan. Ianya berkenaan dengan tentera raja Siam yang menyerang negeri Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap.

Serangan ini dikenali dengan nama Peperangan Musuh Bisik 1821 yang mana dalam peristiwa tersebut telah menyebabkan Syarif Yang Di Pertuan negeri Kedah turut terbunuh. Peperangan kedua pula berlaku dalam tahun 1839 iaitu sewaktu zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.



Tidak cukup dengan itu, peperangan ketiga berlaku dalam tahun 1876 yang mana Sultan Jaafar Muadzam Syah (anakanda kepada Maharaja Siam Islam ketika itu) pernah ditangkap di Merbok dan diseksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah.

Sewaktu peristiwa tersebut berlaku, bantuan daripada kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Muadzam Syah.

Namun, disebabkan oleh tentangan daripada pihak Inggeris, kemenangan telah berpihak kepada tentera Siam. Maka Siam telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881.

Sepanjang tempoh penjajahan tersebut, banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan untuk menutup dan mengkaburi sejarah dan asal usul mereka.

Ia secara tidak langsung menjadikan Siam itu sebagai waris mereka, sejarah negara mereka, beragama Buddha seperti mereka dan lain-lain. Mereka melantik Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dan dengan itu salasilah Kesultanan Kedah hari ini adalah dari keturunan baginda.

Imej dari sejarah.my

Tentera Majapahit juga turut tiba untuk membantu dalam peperangan besar di Tanah Merah Pendang, Kedah. Hari ini mereka telah menjadi orang Kedah dan menetap di perkampungan mereka sendiri.


Imej dari krttanahmerah.blogspot


Pekan Tanah Merah yang terletak beberapa kilometer sahaja daripada Pendang merupakan tempat kesan darah yang tumpah begitu banyak sekali sewaktu peperangan berlaku.

Tempat inilah berlakunya peperangan besar tentera Thai dan tetera Siam Islam Kedah yang diketuai oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah atau Long Jaafar.

Masjid Kampung Jelutong. Imej dari sejarah.my

Masjid beru Kampung Jelutong yang dibina menuju ke Kubur Panjang ini menggunakan senibina Siam Islam bersesuaian dengan masyarakat setempatnya. Masyarakat Siam Islam di Kedah adalah orang-orang Melayu Kedah hari ini.

Terdapat juga Alor China yang terletak di Kampung Tualang. Alor ini dikatakan telah dikorek oleh tentera Maharaja China Manchu Islam bagi kegunaan saliran air ke sawah padi berdekatan yang mengeliingi Kampung Tualang sehingga ke Titi Haji Idris.

Alor China di Kampung Tualang. Imej dari sejarah.my


Tentera China Manchu yang beragama Islam telah berkahwin dengan orang Siam Islam tempatan dan hari ini mereka dikenali sebagai Melayu Kedah. Rupa paras mereka putih kemerah-merahan dan ramai dalam kalangan mereka boleh bertutur dalam bahasa Siam Kedah.

Imej dari sejarah.my

Berhampiran dengan Kebun 500 iaitu jalan yang sama ke Kampung Tualang terletak perkampungan orang-orang Minangkabau. Keturunan mereka dahulu adalah tentera yang dihantar oleh raja wilayah masing-masing untuk berjuang menentang tentera Raja Thai Buddha.

Kewujudan mereka di Kedah telah dinafikan oleh sejarah kita yang ditulis secara versi sejarah. Rata-rata penduduk di sekitar sini bertutur dalam bahasa Siam.

Begitulah serba sedikit mengenai tinggalan sejarah yang masih ada di Kedah hari ini. Sama-samalah kita peliharanya.

___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Sahabat PENA

Comments