Raja-Raja Perempuan Patani: Raja Hijau IV (1584-1616)

OLEH: Muhammad Zamri


Raja Hijau IV (1584-1616)

MENGIKUT undang-undang dan adat istiadat sistem pemerintahan beraja Melayu, kemangkatan seorang raja hendaklah digantikan dengan kerabat lelaki yang terdekat. Pertabalan pengganti kali ini menemui kerumitan kerana kemangkatan Sultan Bahadur Syah meninggalkan waris perempuan belaka. Bagaimanapun pemilihan seorang pengganti di kalangan zuriat diraja terpulang kepada keputusan para pembesar negeri.l Puteri sulung Sultan Mansur Syah, Raja Hijau telah dipilih menaiki takhta kerajaan negeri Patani. Baginda juga merupakan Raja Perempuan pertama dalam pemerintahan beraja Melayu Semenanjung dan di alam Nusantara Melayu .Raja dan rakyat Siam Yang manakala orang-orang Melayu pula memanggilnya raja Nang Cayam atau Peracau mengikut panggilan Siam pada Raja Aisyah duhulunya. Dalam pemerintahannya baginda terkenal bijak memerintah dan dapat mengimbangi kuasa para pedagang Barat yang tertumpu berniaga di Patani. Nama baginda bukan saja terkenal di rantau ini tetapi di kalangan negara-negara Eropah. Dalam rekod-rekod perdagangan sejarah Barat tercatat mengenai dengan kemajuan Patani dan kebijaksaan pemerintahan baginda. Dalam tempoh pemerintahan keempat-empat orang Raja Perempuan Patani iaitu Raja Hijau, Raja biru, Raja Ungu dan Raja Kuning (1584-1686) di katakan Patani mencapai kem uncak zaman kegemilangannya sebagai Empayar Melayu-lslam dan pusat kebudayaan Melayu Semenanjung.

Sebagai seorang Raja Perempuan, terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan para pembesar negeri yang memandang baginda tidak layak memerintah sebuah negeri. Percubaan merampas kuasa ini dilakukan oleh Bendahara Kayu Kelat dari Sai bersama para pengikutnya seramai 5,000 orang termasuk 40 orang darinya mempunyai ilmu kebal untuk mempertahankan diri. Bendahara yang pada mulanya bersungguh-sungguh ingin menentang Raja Hijau tetapi apabila masuk ke dalam istana terus tunduk dan menyembah serta tidak jadi memberontak. Setelah keadaan dalam negeri kembali reda, baginda memulakan penyiasatan ke atas pembunuhan adinda bongsunya Sultan Bahadur Syah. Bila pembunuh dan dalang sebenamya diketahui maka Khatib Abdul Jabar dititah membunuh Seri Amar Pahlawan. Bagaimanapun dalam tindakan itu Khatib Abdul Jabar pula telah mati dibunuh oleh Raja Megat. Seluruh istana menjadi gempar mengenai hal ini sehinggalah sampai ke pengetahuan Raja Hijau sendiri. Baginda menitahkan supaya mayat Khatib Abdul Jabar dibawa keluar kota dan disemadikan,

Untuk mengemaskan lagi struktur pentadbiran negeri. Wan Jaharullah telah dilantik menjadi Bentara Kiri dan Along In menjadi Bentara Kanan sementara Wan Muhammad pula dikurniakan gelaran Seri Raja Kelang.. Dalam tahun 1600 Inggeris John Smith telah dilantik menjadi penasibat Raja Hijau Patan. Beliau merupakan orang Barat yang pertama melibatkan diri dalam pentadbiran Kerajaan Melayu. Penulis Belanda yang tiba di Patani beberapa tahun kemudian memuji pemeritahan raja
Raja Hijau memerintah dalam suasana aman dan penuh kemakmuran. Ini adalah kerana tanggungjawab baginda yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Usaha-usaha pembangunan sosio-ekonomi dilakukan seperti projek menggali Terusan Tambangan dan usaha menawarkan air masin di Sungai Jembatan Kedi. Air sungai yang tawar digunakan sebagai bekalan minuman dan kemudahan perairan di bidang Pertanian. Baginda sendiri turut merasmikan projek pembinaan Terusan Tambangan dan pembinaan empangan air dalam satu upacara rasmi

Semasa dalam pemerintahan Raja Hijau, serangan percubaan telah dilakukan keatas Patani pada tahun 1603 oleh Raja Siam Naresuan (1590. 1605). Armada Siam yang diketuai oleh Opya-Deca bagaimanapun gagal mendaratkan tentera-tenteranya. Ini adalah disebabkan oleh tentangan hebat dari orang-orang Melayu umat Islam Patani dengan bantuan para pedagang asing yang memperkenalkan penggunaan senjata api. Pencerobohan Siam ini telah dapat diundurkan dengan mudah menyebabkan mereka pulang dengan kerugian. Menyedari akan kekalahan ini mereka kemudian melancarkan serangan menerusi laut dan menggunakan senjata api dalam peperangan. Beberapa tahun kemudian setelah keadaan kembali aman, perutusan Siam dihantar ke Patani untuk membeli senjata api yang banyak terdapat dalam pasaran Patani dan menjadi permintaan utama di kalangan peniaga Jepun.

Menurut catatan Fernand Mendez Pinto pada tahun 1538, terdapat ramai saudagar Jepun menguasai aktiviti perdagangan yang besar di Patani. Dalam pemerintahan Raja Hijau juga hubungan Patani-Jepun telah dipertingkatkan. Dalam tahun 1592 Maharaja shogunTokugawa Iyeyasu (1542-1616) telah mengirim suratrasmi dan barang-barang hadiah untuk menjalinkan hubungan diplomatik. Dalam tahun 1599 pula kunjungan balas dari Patani telah dihantar oleh Raja Hijau ke Jepun. Itu adalah hubugan rasmi sebuah negeri Melayu Semenanjung dengan negara Matahari terbit yang pertama dicatatkan. Berikutnya dalam tahun 1602 sekali Iagi rombongan orang-orang Melayu Patani dihantar melawat ke negeri Jepun. Menerusi hubungan ini pula dalam tahun 1604 barulah Jepun mengadakan hubungan dengan Ayuthia dan dalam tahun 1614, Inggeris menghantar William Adams sebagai perwakilan mereka di Jepun. Sejak dari itu kapal kapal dagangan tidak putus-putus belayar dan Inggeris menganggal Patani dan Hirado merupakan bandar kembar. Kegiatan lanun-lanun Jepur di Laut China Selatan dan perairan Patani juga mengancam perjalanan antarabangsa. Seorang pelaut Inggeris terkenal John Davis telah dibunuh oleh lanun Jepun pada 27 Disember 1605 dalam pelayarannya ke Patani Persaingan antara pedagang Jepun dan Belanda di Patani pula telah mencetuskan keganasan. Orang-orang Jepun bertindak membakar barang barang Belanda dan ini adalah merupakan kali kedua Jepun mengganas dan membakar bandar Patani.

___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments