6 Mainan Rumah Yang Membina Pemikiran Anak Anda

OLEH: Taufiq Tuah

Mainan. Mungkin sesetengah ibubapa agak kurang senang mendengar anak mereka dengan 'mainan'. Malah tidak pelik juga ada sesetengah anak yang membeli mainan tanpa pengetahuan ibubapa dek ibubapa yang terlalu keras dengan syarat untuk membeli mainan. Namun hakikatnya, mainan yang sama disukai kanak-kanak kadang-kala turut digilai oleh golongan dewasa.

Tahukah anda bahawa ada beberapa Mainan yang sebenarnya dapat membina daya fikir sains yang sangat baik?


1. GASING TRADISIONAL
Gasing Tradisional ini terdiri daripada pelbagai jenis dan pelbagai bentuk. Apa yang uniknya tentang gasing ialah, semua kepelbagaian bentuk gasing ini menepati bentuk gyroskopik. Maka sesiapa sahaja yang dari kecil telah diajar untuk membuat gasing tradisional sendiri, sebenarnya secara tidak sedar mereka telahpun menjumpai 'Gyroskopik' sehinggakan mereka boleh membuatkan gasing mereka berputar di atas paksi.



Lebih menakjubkan, pembuat gasing kita boleh memilih bentuk yang sesuai untuk fungsi yang tertentu. Misalnya gasing yang dibentuk seperti Gasing Paku dibuat untuk berlaga. Manakala Gasing Piring pula dibuat untuk berpusing lebih lama. Lama sehingga berjam-jam. Tidak terlupa juga Gasing di Sabah yang boleh mengeluarkan bunyi siulan apabila berputar.


Cerita tentang Gasing Sabah yang mengeluarkan bunyi siulan ini, sebenarnya gasing ini telah ditebuk lubang yang panjang dan serong supaya boleh mengeluarkan bunyi siulan. Secara tidak sedar, mereka sebenarnya telah menemui fenomena 'turbulence' dan 'resonant'. Hal ini apabila aliran udara disekeliling gasing itu tidak rata (turbulence) dan lubang itu bertindak sebagai 'resonant' bagi mengeluarkan bunyi. Secara tidak sedar, anak-anak yang biasa dengan pembuatan gasing akan kenal fenomena-fenomena sains ini walaupun tidak mengenal istilah fenomena ini secara saintifik.

Hal ini juga termasuklah bahan-bahan pembuatan gasing yang berbeza-beza. Seperti pemilihan kayu yang sesuai untuk tugas mereka juga jenis titik paksi. Ada gasing yang sesuai dengan titik besi dan ada yang cukup sekadar titik kayu. Ini semua ialah termasuk di dalam pembelajaran 'material'.

Bagi anak yang tidak membuat gasing tetapi hanya membeli sahaja, mereka juga tidak terlepas daripada manfaat sains dari gasing. Misalnya, mereka pastilah akan belajar 'Memangkah Gasing'. Iaitu memangkah gasing ini juga sebenarnya mempunyai pelbagai kaeda dan cara.  Mereka mesti tahu daya pangkah yang sesuai ketika menggunakan pelbagai jenis gasing.

Apabila gasingnya jenis ringan, maka sesuai untuk menggunakan Pangkah Totok. Jika ingin berlaga, maka paling sesuai ialah Pangkah Hentak dan pelbagai lagi kaedah berbeza-beza. Hal ini akhirnya membawa kepada konsep 'Force' dan 'Motion'. Lebih membanggakan apabila anak kita tahu jarak yang sesuai untuk memangkah gasing mengikut jenis gasing mereka.

Begitu juga apabila permainan gasing ini sudah sampai ke tahap 'Menangkat Gasing' yang mana pemain akan mengangkat gasing yang sedang berputar. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Ini menunjukkan bahawa pemain gasing tahu titik tepat yang tidak mengganggu fenomena gyroskopik yang sedia ada. Saya yakin, kemahiran ini hanya akan ada di dalam permainan seperti gasing sahaja.



2. WAU
Wau ialah sejenis permainan persis layang-layang. Percaya atau tidak, jika anak kita telah dibiasakan untuk membuat layang-layang sebenarnya mereka telahpun biasa dengan konsep sains iaitu 'Lift', 'Drag' dan 'Thrust'. Pembuat wau mestilah membuat bentuk rangka yang sesuai untuk wau dapat mengumpulkan 'Lift' supaya wau boleh terbang tinggi dan dapat bergerak kehulu-hilir dengan mengumpulkan 'thrust' hanya dengan bentuk wau yang biasa (tidak kompleks). Lebih mengejutkan, orang kita telah menemukan perlbagai bentuk yang boleh diadaptasi dalam fenomena 'Lift', 'Drag' dan 'Thrust' sehingga wujudnya pelbagai jenis wau.

Namun kejutannya belum berakhir. Tahukah anda fenomena tebangnya layang-layang ini sebenarnya ialah fenomena yang sama diadaptasi dalam menerbangkan kapal terbang? Ya! Dan anak-anak anda sedang memahami fenomena yang menerbangkan kapal terbang tanpa dia sedari.
Sehinggakan anak-anak anda boleh mengenal pasti arah angin supaya kedudukan dia bediri sesuai untuk penerimaan 'lift' dan 'thrust' bagi menerbangkan wau. Malah anak-anak anda tahu perhiasan apa yang tidak memberatkan wau supaya cantik diperagakan.



3. KERIS
Saya tidak rasa keris menjadi permainan bagi anak-anak kebiasaan. Mungkin ia merupakan permainan bagi anak-anak yang biasa dalam persilatan. Nasihat saya, jangan larang anak-anak anda meminati keris.

Jika anak anda tahu menempa keris, maka ketahuilah itu merupakan ilmu yang sangat komplek. Bagaimana anak kita akan tahu jenis-jenis bahan yang sesuai untuk digabungkan supaya jadi bilah keris. Ya, anda silap jika menganggap bilah keris itu besi semata-mata. Bilah keris itu sebenarnya gabungan pelbagai bahan yang mana penempa keris mencampurkannya mengikut kehendak dan sifat yang dimahukan.

Mereka telah masak dengan bahan-bahan sehingga mereka tahu bahan apa yang mampu membuatkan keris lebih keras atau lebih tajam atau lebih tahan karat atau lebih mudah panas dan lain-lain sifat bahan. Sedar atau tidak inilah yang dipanggil ilmu 'Material Science'. Malah mereka mengetahui 'Material Science' dengan lebih teliti.

Malah pembinaan keris juga mestilah seimbang agar pengguna keris itu stabil ketika memegangnya. Hal ini mungkin remeh namun tahukah anda setiap keris tulen pasti boleh 'berdiri sendiri'.
Ini bukanlah kerana ilmu hitam. Sebenarnya inilah rahsia keseimbangan pembuatan keris sehinggakan jika anak anda biasa bermain keris, pastilah keris mereka tahu mendirikan keris. Walaupun anda tidak membuat keris itu, tetapi jika anda boleh mendirikan keris itu, ini bermakna anda telahpun menjumpai 'Centre Of Graviti' bagi keris tersebut.

Pastilah fenomena pada keris ini sangat unik sehinggakan kita tidak dapat melihat tamadun lain mampu 'mendirikan' pisau mereka.


4. BEYBLADE (GASING MODEN)

Kini kita masuk ke sesi permainan moden. Kepada ibubapa, saya nasihatkan jika anda ingin belikan anak-anak anda beyblade, belikan mereka yang belum siap pasang. Kenapa? Kerana sebenarnya sesi pemasangan beyblade sebenarnya sangat mampu menambah kemahiran anak-anak.

Benar, mungkin yang pasang sendiri kadang-kala lebih mahal. Tapi percayalah, ia berbaloi. Anak-anak anda akan memasangnya dengan gigih. Manual pemasangan tetap tersedia namun saya yakin, anak-anak yang baru sahaja berkecimpung dengan pemasangan beyblade ini pasti lah tidak dapat memasangnya dengan sempurna. Tapi jangan risau, walaupun beyblade ini tidak dipasang sempurna, namun ia masih boleh dimainkan seperti beyblade biasa!

Saya sendiri masih ingat ketika ibu saya membelikan saya sebuah beyblade biru (pasang sendiri). Saya memasangnya siap tetapi dengan 15 komponen tidak terpasang! Ketika itu saya buntu tetapi akhirnya ketika bermain, beyblade itu juga berpusing seperti beyblade lain. Menunjukkan bahawa sebenarnya memasang beyblade ini membina ketelitian.

Jika anda belikan anak anda beyblade yang 'original', itu lebih lah hebat. Hal ini kerana Beyblade 'original' lebih bersifat mekanikal. Anak-anak anda boleh melaraskan mata beyblade mengikut kesesuaiannya sendiri. Juga boleh menukar-nukar taji di sekeliling beyblade mengikut fungsinya. Malah banyak lagi kaedah mekanikal lain yang boleh teradap tasi dari beyblade. Boleh saya katakan, beyblade ialah antara permainan ringkas yang mampu menaikkan kemahiran mekanikal anak-anak anda.


5. TAMIYA / DASH YONKURO

Tamiya ini saya sangat-sangat sarankan untuk anak-anak anda. Antara sebabnya ialah Tamiya kebiasaannya dijual belum pasang. Maka anak-anak kita perlu pasangnya sendiri. Sekali lagi, ia bakal meningkatkan kemahiran mekanikal anak anda.

Pemasangan bagi Tamiya ini juga lebih kompleks dan pelbagai. Setiap komponen pada mainan ini boleh ditukar ganti dan memang ada dijual secara pukal.

Anak-anak juga akan terbiasa dengan 'motor'. Ya, motor ialah salah satu komponen penting dalam mekanikal. Bayangkan anak anda yang bersekolah rendah telah biasa dengan sistem motor. Malah anak-anak anda akan lebih mudah dalam bidang automotif kerana sistem yang ada pada Tamiya sebenarnya sangat mirip dengan asas-asas kereta sebenar! Misalnya 'Steering System' yang boleh dikatan mirip sangat dengan asas pada kereta.

Anak anda sedang belajar asas automotif ketika sekolah rendah lagi.



6. HOTWHEELS

Benar, Hotwheels ialah permainan 'diecast' kereta yang digilai kanak-kanak dan juga dewasa. Namun diecast Hotwheels ini sangat berbeza berbanding diecast lain kerana,

1. Diperbuat daripada bahan yang tahan lasak
2. Sesuai dibuat lumba (dengan alat tertentu)
3. Mudah diubah suai

Mungkin ramai rasa yang Hotwheels ini sebenar tak boleh diubah suai kerana ia telah di 'rivert'. Sebenarnya jika anda anda menebuk 'rivert' nya, anda boleh buat pelbagai perubahan pada Hotwheels anda. Dengan menebut 'rivert' seperti ini

Anda akan dapat memisahkan bahagian-bahagiannya seperti ini
Sebenarnya kemahiran mekanikalnya kurang berbanding beyblade dan tamiya. Tetapi kemahiran mekanikal bukanlah fokus utama ketika membuka hotwheels ini.
Sebenarnya tujuan membuka hotwheels ini ialah untuk menukarkan beberapa komponen berat yang ada padanya agar lebih laju apabila dibawa ke perlumbaan.
Antara komponen yang sering ditukar ialah rimnya kerana rim hotwheels turut dijual dengan bahan yang berbeza.
Malah bentuk hotwheels yang pelbagai juga memainkan peranan dalam kelajuan ketika berlumba dari atas cerun yang mana bentuk-bentuk ini bakal mempengaruhi halaju hotwheels tersebut.
Maka soalan muncul dan saya sarankan pembaca untuk fikirkan jawapan. Kereta jenis apa yang paling laju turun dari cerun di antara

1. Kereta Berat
2. Kereta Ringan
3. Kereta Ada Bentuk Aerodynamic
4. Kereta Yang Leper

Saya yakin para pembaca juga akan berbeza pendapat dalam menentukan yang mana satu lebih laju. Bayangkan, anak-anak anda sedang mencari jawapannya dengan eksperimen sendiri. Malah anak anda boleh mengenalpasti cara untuk menambah halaju kereta berbentuk van.


Maka jangan gusar akan mainan anak anda seperti di atas. Tapi sila lah gusar jika anak anda hanya bermain game-game permainan apatah lagi apabila telah masuk kepada ketagihan. Mungkin permainan video juga ada sisi baiknya tetapi khuatirlah jika ia membawa ketagihan. Semua sedia maklum permainan video sangat mudah memberi ketagihan. Bayangkan, game tidak kompleks seperti 'Candy Crush' pn ada yang leka sehingga terlupa tentang anak mereka. Nauzubillah min zalik.

Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________


Comments