OLEH: Freddie Aziz Jasbindar
Orang Murut, salah satu suku kaum di Keningau
Setiap tempat mempunyai cerita dan kisahnya yang tersendiri berkenaan dengan asal usul nama kawasan tersebut dinamakan. Kebiasaannya, nama setiap tempat akan diberikan oleh orang-orang terdahulu berdasarkan peristiwa sejarah yang telah berlaku.
Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku itu selalunya akan menyebabkan nama sesebuah kawasan dinamakan bersempenanya kerana untuk memperingati peristiwa yang pernah berlaku di kawasan tersebut.
Kali ini akan diceritakan tentang asal usul sebuah perkampungan yang terletak di pedalaman Sabah iaitu Keningau. Keningau adalah merupakan sebuah bandar yang kelima paling besar selepas Tawau dan Lahad Datu.
Keningau ini dahulunya adalah merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang mana hari ini telah pun berkembang maju dan menjadi bandar tumpuan orang ramai.
Mengikut cerita orang lama, kawasan Keningau ini dahulunya merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pokok kayu Manis atau lebih dikenali sebagai Pokok Keningau.
Pokok Kayu Manis
Dalam bahasa kaum Murut, mereka menyebutnya sebagai Kayu Keningau iaitu sejenis rempah ada digunakan untuk memasak. Kedatangan orang Inggeris ke kawasan tersebut turut menjadikan menjadikan kulit kayu Keningau sebagai salah satu barang dagangan mereka.
Oleh yang demikian, secara tidak langsung kawasan tersebut menjadi antara pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu.
Lama-kelamaan kawasan tersebut dipanggil sebagai Keningau sehingga mewujudkan sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
Kayu manis secara terus menerus sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar telah menyebabkan daerah ini terkenal dengan sendirinya.
Daerah ini juga menerima gelaran Kampung Keningau daripada saudagar- saudagar yang datang ke daerah ini. Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis.
Asalnya, Keningau ini adalah merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu yang mana ia berlaku dalam sekitar tahun 1860.
Pada waktu itu, Keningau adalah merupakan antara pusat perdagangan rempah ratus yang terbesar di wilayah Brunei. Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton (Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.
___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________





Comments
Post a Comment