Tengku Lamidin (1787-1791)

OLEH: Muhammad Zamri


Selepas kejatuhan patani 1786

DASAR pemerintahan yang berlandaskan ciri ciri pentadbiran bangkok telah di terapkan dalam pemerintahan kerajaan islam patani yang diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Ligor. Seorang pembesar tempatan dari keturunan Raja Bendang Badan yang bernama Tengku Lamiddin telah ditabalkan menjadi Raja Patani. Akibat kekalahan itu penghantaran ufti Bunga Emas tanda kesetiaan dari kerajaan Patani mestilah dihantar ke istana Bangkok setiap tiga tahun sekali. Untuk mengurangkan kepadatan umat Islam Patani, daerah Tiba dan Cenak telah dijadikan sebahagian dari Singgora. Ini adalah merupakan unsur-unsur Siam di Patani. Tengku Lamiddin sebagai Raja Patani bertanggungjawab memulihkan kembali keadaan negeri yang menjadi padang jarak padang terkukur akibat pencerobohan dan keganasan Siam. Di samping itu baginda juga cuba memulihkan semangat di kalangan umat Islam Patani yang menderita dan cemas menyaksikan kezaliman setiap hari. Baginda tidak Iagi mahu bersemayam di kota Gerisik iaitu bandar di raja yang telah ranap di landa musuh. Baginda telah berpindah dan membina istana yang baru di Kota Perawan. Seorang pembesar yang bernama Datok Pengkalan dari Kampung Pangkalan Besar dilantik pula berkuasa di daerah Gerisik.

Orang-orang Melayu umat Islam di Patani yang berada di bawah pemerintahan Tengku Lamiddin sebenarnya bukanlah hidup di bawah penjajahan Siam. Di hati mereka masih tersemat perasaan sedih dan sentiasa berazam untuk merampas kembali kekalahan Patani. Mereka menunggu masa yang sesuai untuk bertindak demikian. Dalam tahun 1789 baginda Raja Patani menghantar perutusan menghubungi Raja Gia Long yang bernama Ong Chieng Su Annam (Vietnam Utara) secara sulit dan bermuafakat untuk sama-sama menyerang negeri Siam. Pihak Patani akan menyerang dari arah selatan dan raja gia Long pula akan menyerang dari arah timur. Bersama-sama perutusan itu Tengku Lamiddin menghadiahkan cenderamata berupa 2 pucuk senjata api yang disaluti emas,2bilah pedang berhulu emas dan sebentuk cincin bertatahkan intan. Malangnya raja gia Long Ong Chieng Su telah membongkar rahsia pakatan itu kepada Raja Siam Rama I yang kemudiannya menitahkan Phraya Kalahum menghantar bala tentera Siam untuk menghancurkan Patani secara habis-habisan.

Gerakan penentangan di Patani bermula dengan mengusir orang orang Siam lalu menguasai semula daerah Kemudian menyerang orang-orang Siam Singgora dan berkubu di Buki tAnak Gajah. Pihak Siam Singgora terpaksa mendapatkan bantuan Siam dari Ligor hingga menyebabkan Gabenor Siam Singgora Luang Suwankhiri terpaksa lari ke Patalung. Serangan orang-orang Islam Patani pimpinan Tengku lamidin terus mara dan berjaya menumpaskan pertahanan Siam di Patalung pertempuran sengit meletus lagi lagi orang-orang Siam yang di pimpin oleh gabenor
Gabenor Patalung Phra Si Krailat dengan Gabenor Ligor Chao Phaya Luang Nai Sitthi. Ketika ini angkatan bantuan dari Bangkok di bawah pimpinan Phraya Kalahum tiba pada sekitar bulan Zulkaedah atau Jun 1791. Beliau membawa perintah Raja Siam Rama I untuk menangkap Raja Patani Tengku Lamiddin. Pepcrangan ini memakan masa selama 3 tahun dan menyebabkan tentera-tentera Islam yang berada agak jauh dari Patani menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan, senjata dan para pejuang Islam yang keletihan. Oleh ituTengku Lamiddin telah mengarahkan pejuang-pejuang Islam Patani berundur. Namun begitu sepanjang langkah pengunduran ini telah dipelajari kelemahannya oleh pihak Siam.

Dalam pada itu di Kedah sekitar bulan Jun-Julai 1791 , Syeikh Ahmad Kamal dari kota suci Mekah telah turun ke tanah Jawi untuk membela umat Islam Patani menerusi pakatan sulit dengan Raja Patani. Sultan Abdullah Kedahjuga menghulurkan sokongan dengan mengizinkan Syeikh Ahmad Kamal untuk menjadikan Kedah sebagai pengkalan untuk membekalkan senjata dalam perjuangan gerila walaupun mereka sendiri kurang yakin dengan kejayaannya.Di medan peperangan, perjuangan umat Islam Patani terus memberikan tentangan hebat namun kekuatan pihak musuh telah dapat menyerbu negeri Patani hingga menawan Raja Patani Tengku Lamiddin baginda kemudiannya telah dihukum bunuh atas tuduhan mendurhaka kepada Raja Siam. Berikutan dengan kekalahan itu, sekali lagi umat Islam Patani telah disiksa oleh tentera-tentera Siam dengan berbagai penganiayaan. Ini telah mendesak ramai antara mereka telah melarikan diri ke negeri-negeri Melayu berjiran seperti Kedah, perak, Kelantan, Terengganu, Pahang atau ke mana sahaja. Di Perak pula penghijrahan orang-orang Melayu Patani di bahagian hulu negeri itu telah menimbulkan masalah penempatan penduduk. Raja Muda perak iaitu Raja Culan telah mengirim surat pada bulan Jun 1792 kepada Gabenor Belanda di Melaka, Couperus mengadu tentang penghijrahan pelarian Patani serta meminta bekalan senjata api untuk mengawal mereka.

___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments