Yom Kippur, Perang Antara Dua Hari Suci

OLEH: Pen Merah


Pada 6 Oktober 1973, negara pakatan arab yang dianggotai oleh Mesir, Jordan, Syria, Arab Saudi dan sekutu yang lain telah melancarkan serangan mengejut di wilayah Israel. Serangan yang  dilancarkan di segenap penjuru wilayah Israel melibatkan garisan sempadan Purple Line, Bukit Golan dan  juga di Terusan Suez. Disusuli selepas perang Enam Hari, serangan ini dilakukan untuk membebaskan Palestin dari kecaman Israel dan merampas semula tanah yang dijajah.

Hasil peperangan yang berlanjutan selama 2 minggu 15 hari telahpun memberi kesan yang mendalam terhadap kesemua pihak dimana Israel berjaya untuk mengekalkan wilayahnya dan berjaya merampas Terusan Suez daripada Mesir ( dikembalikan semula selepas mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel ) dan Israel juga mampu mempertahankan Bukit Golan daripada Syria walaupun ketumbukan angkatan tentera Syria lebih besar dari Israel ketika itu.

Namun, Pentadbiran Amerika Syarikat telah dikritik hebat kerana agensi perisikan CIA ( Central Intelligence America ) tidak dapat meramal bahawa negara pakatan Arab akan menjalankan serangan mengejut pada ketika itu.

ANTARA USSR, US, EROPAH HINGGA KE TIMUR TENGAH
Negara pakatan arab pada waktu ketika itu hanya mengharapkan bantuan daripada negara komunis seperti USSR, CUBA dan KOREA UTARA, kesatuan soviet telah memberikan bantuan berupa jet mirage dan sukhoi kepada Mesir dan syria menerima peluru berpandu anti pesawat ( SAM ) dari kesatuan yang sama, kesatuan soviet juga turut membekalkan kereta kebal T-54 T-55 dan T-62 sebagai jawapan amerika membekalkan kereta kebal m48 patton dan jet pejuang  f15 dan Mirage kepada Israel bagi mengekang kemaraan pakatan arab bersekutu. Namun keadaan menjadi lebih buruk apabila Israel berjaya menawan mengekang kemaraan tentera Mesir dari terus bertahan dan berjaya menawan Ismailiyah dan terus mara ke arah Ibu Kota Mesir.



PERJANJIAN DAMAI
Selepas peperangan berterusan selama 2 minggu tanpa henti, kerajaan pakatan arab telah memutuskan untuk berdamai dengan Israel, berikutan kekalahan dan kehilangan aset ketenteraan bersekala besar. Mesir adalah salah satu negara terawal yang memilih untuk berdamai dengan Israel dengan bersyarat Israel akan mengundurkan tenteranya dari Ismailiyat dan menyerahkan Terusan Suez semula kepada Mesir. Jordan pula memilih jalan yang sama malah terpaksa membuat perjanjian air dimana Israel akan menyalurkan air kepada Jordan dan sekutu arab yang lain juga akur untuk menyerah dan akur kepada perjanjian Resolusi UN. Biarpun peristiwa ini telah berlalu namun ianya telah mengubah era politik antara Arab dan Yahudi. Kehilangan aset bukan suatu perkara yang perlu dirisaukan kerana ianya mampu digantikan dan dibaikpulihkan dengan segera. Israel berjaya untuk memodenkan dan mengukuhkan lagi ketumbukannya disamping menjalinkan hubungan normalisasi dengan negara Arab.

Rujukan:
1)https://en.m.wikipedia.org/wiki/Yom_Kippur_War
2)https://nationalinterest.org/blog/buzz/1973-yom-kippur-war-gave-world-horrifying-glimpse-what-modern-mechanized-warfare-would
3)https://www.britannica.com/event/Yom-Kippur-War



Comments