OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Bukankah masa lahir, manusia itu belum pandai berkata dan menyusun makna? Perlahan-lahan diajari oleh kedua ibu bapa hingga petah bertikam lidah.
Kemudian apabila sedikit besar maka dihantar ke madrasah; belajarlah dia segala ilmu termasuk cara bersyarah. Bukankah sebelum ini dia sudah pandai berkata dan berjenaka? Lalu kenapa diajar lagi cara berucap dan berkata?
Demikian juga dia diajar cara mendengar: sebuah teks di baca lalu telinganya harus peka menangkap isi utama. Soalnya apakah sebelum ini dia tuli? Tidak!
Juga diajar agar dia dapat meringkaskan sebuah karangan atau membuat rumusan: semua ini kefahaman. Apakah sebelum ini dia tidak pandai menyimpul sebuah cerita?
Saudara, lihatlah bagaimana pancaindera (5 anggota) kita itu dilatih agar ia berkerja dengan betul.
Lalu pernahkah kita ajarkan cara aqal kita berfikir? Sedang kita telah ajar lidah kita berkata, telinga kita mendengar, mata kita membaca. Tetapi malangnya jarang sekali kita sedar bahawa aqal juga perlu diajar.
Oleh itu, kita perlu menuntun aqal kita berfikir benar sehingga di kata Aqal yang sorih (waras) pasti menepati Naqal yang shahih.
Lalu soalnya dimana cara berfikir ini boleh diambil dipelajari?
Sungguh cara fikir Ahlul Sunnah terkandung dalam kerangka ilmu hadis!
Di dalam ilmu hadis tersimpan cara pikir seorang Sunni. Betapa kuat terlihat corak pemikiran Islam dalam ilmu tersebut.
Selalunya orang yang mempelajari ilmu itu dan mengamalkannya, tanpa dia sedar, kerangka fikir nya serupa dengan ahli hadis yang lain walau beda zaman dan tempat.
Sementara bagi yang pernah mempelajari ilmu pemikiran lain semacam sistemik, sejajar, literal, kritikal dan lain-lain; saat mereka mentelaah ilmu hadis pasti mereka melihat dengan terang bahawa di sana ada kerangka fikir mazhab Salaf.
Sebagai contoh dalam ilmu hadis menetapkan bahawa "jumhur tidak menunjukkan mutlak benar dan yang menyalahinya tidak menunjukkan mutlak salah; yang mutlak adalah hadis yang maqbul".
Dari sisi ini mengajar kita berfikir bahawa banyak manusia yang arif berpihak pada satu keputusan, itu belum tentu kebenaran berpihak pada mereka seandainya hujjah lebih kuat di tangan golongan yang sedikit.
Catatan:
Saya mula belajar cara berfikir dengan berguru setelah tamat pengajian aliran sains di universiti.
Ketika itu memiliki kesempatan belajar dengan Pn Ainon dan Prof Emeritus Abdullah Hassan sekitar tahun 2006 atau 2008.
Antara jenis pemikiran yang dipelajari:
- Literal
- Sejajar
- Rekacipta
- 6 Topi
- Kritikal
- Analitikal
Pemikiran yang dibaca sendiri:
- Sistemik
Dan kemudian ketika mula belajar ilmu hadis bersama Dr Fathul Bari kemudian mendengar syarahan Qawaidut Tahdis Min Fununi Mustalahul Hadis yang di baca oleh Ust Yahya Badrussalam: maka terlihat lah cara pemikiran Ahlul Hadis.
Salah satu hal yang menarik tentang ilmu yang saya peroleh dari Pn Ainon adalah dalam bukunya membawakan contoh perubahan-perubahan teori sains dalam perubatan!
Antara yang beliau bawa adalah kisah penggunaan talkum dalam pembedahan. Satu ketika dahulu dunia sains modern dalam ilmu kedoktoran, diiktiraf penggunaan talkum dalam pembedahan. Namun lama kemudian didapati penggunaan nya tidak benar.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment