Sejarah Bank Simpanan Nasional

OLEH: Syafiq Murat


1. Perkhidmatan Bank Simpanan di Malaysia bermula pada akhir kurun yang ke 19.

2. 1888 - Bank yang pertama sekali ditubuhkan iaitu Bank Simpanan Negeri Perak.

3. Bank Simpanan Negeri Selangor ditubuhkan dalam tahun 1893 telah ditadbirkan oleh Perbendaharaan negeri-negeri yang berkenaan sehingga bank-bank itu diambil alih oleh Jabatan Pos.

4. Dalam tahun 1907 Bank Simpanan Negeri Perak dan Selangor dimansuhkan dan diletak di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

5. Perkhidmatan Bank Simpanan yang berasingan di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri- Negeri Selat juga telah wujud di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

6. Manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah pun mempunyai Bank Simpanan Pejabat Pos masing-masing beberapa tahun sebelum Perang Dunia yang Kedua.

7. Semenjak tahun 1949 wang simpanan dalam Bank Simpanan Pejabat Pos telah semakin bertambah.

8. 5 Disember 1974, Bank Simpanan Nasional ditubuhkan. Satu babak
baru telah tercipta dalam sejarah institusi simpanan wang di  Negara ini. Akta Bank Simpanan Nasional 1974 memperuntukkan pemindahan kuasa pengurusan dari Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Lembaga Pengarah yang mengambil alih tugas-tugas dan  tanggungjawab mengenai perjalanan bank ini mengikut tujuan Akta
tersebut.




Perbezaan logo lama dan baru BSN

Tahukah anda….
Simbol "pohon pitis” (pokok duit) yang menjadi tema utama logo adalah adaptasi daripada “pohon pitis” yang diperbuat daripada logam timah yang mengandungi 13 duit syiling yang dikeluarkan oleh Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan pada 1903 ketika Kelantan adalah negeri Ufti Siam. Pada satu muka duit syiling itu tertulis "THURIBA FI ZUL-HIJJAH SANAT 1321”, iaitu diperbuat pada bulan Zul-hijjah 1903 dan pada muka sebelahnya “BELANJAAN KERAJAAN KELANTAN”, iaitu mata wang Kerajaan Kelantan. Duit syiling atau ‘pitis’, dalam dialek Kelantan bermakna duit, adalah satu daripada denominasi dalam edaran di Kelantan sehingga 1920.

Simbol pokok duit yang melambangkan pertumbuhan dan kekayaan, dikekalkan tetapi diubah dengan grafik moden. Bilangan duit pada pohon tersebut ditambah dari 13 kepada 14 syiling untuk mewakili kesemua negeri di Malaysia dan wilayah persekutuan.






___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA

Comments