OLEH: Abu Taqiyuddin
Arab Saudi Serang Yaman? Suatu Pencerahan Kepada Fitnah Dari Mereka Yang Jahil.
2. Dan dalam satu rakaman baharu yang aku dengar, ada sorang pompuan mana tah, yang tak tau hujung pangkal cuba bermain drama dengan menyatakan bahawa Arab Saudi telah mengebom satu kawasan di Sa'ada yang menyebabkan ratusan kanak-kanak mati.
3. Ingin aku tegaskan berkali-kali disini bahawa, Arab Saudi dan pakatan negara Arab bertindak melaksanakan operasi ketenteraan di Yaman adalah atas permintaan kerajaan sah Yaman. Dan operasi ketenteraan ini juga selaras dengan keputusan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2216.
4. Kawasan Sa'ada yang dinyatakan oleh penyoal, merupakan kawasan kubu kuat Syiah Houthi. Yang terletak di utara Yaman yang mana bersempadan pula dengan wilayah selatan Arab Saudi (Najran dan Jazan).
5. Dan sebagai sebuah negara yang telah diminta untuk memberikan bantuan, selain kawasan Sa'ada yang merupakan kubu kuat Syiah Houthi itu bersempadan dengan Wilayah Saudi, maka adakah anda fikir Arab Saudi akan membiarkan kekacauan di Yaman yang berpunca daripada Syiah Houthi merebak ke sempadan negaranya? Tentu sekali tidak!
6. Pastinya sebuah negara berkenaan akan sedaya upaya melindungi sempadan negaranya, selain menghapuskan ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan negaranya.
7. Acap kali tuduhan bahawa Arab Saudi membunuh kanak-kanak Yaman ini didendangkan. Namun sehingga hari ini, tidak ada satu pun serpihan bom yang katanya dilancarkan oleh pesawat Arab Saudi ditemui di kawasan yang dinyatakan oleh individu berkenaan.
8. Sedangkan di pihak Syiah Houthi pula, mereka bukan sahaja telah melacarkan peluru berpandu ke wilayah Arab Saudi, malah pernah melancarkan peluru berpandu ke Makkah! Selain telah merekrut kanak-kanak di Yaman sebagai tentera mereka. Lalu dimanakah pula suara "pejuang-pejuang hak asasi manusia" ini?
9. Mendengar kenyataan banggang Menteri Agama membuktikan Menteri ini seorang yang bodoh. Dan hanya layak bercakap soal sastera Arab dari memperkatakan bab-bab yang melibatkan perihal strategi dan keselamatan.
10. Kebodohan Menteri Agama ini juga barangkali berasal dari Presidennya yang seorang 'drop out' dalam bidang kulinari dari ITM.
11. Kesimpulannya, tanyalah pada pakar sebelum berbicara. Tak malukan kau wahai Menteri tatkala ucapan kau yang menuduh Arab Saudi kononnya bertindak zalim terhadap Yaman di ISTAC dinafikan sendiri oleh Duta Besar Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohammed Bahameed?
___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment