Keadaan Semakin Membinggungkan Di Yaman.

OLEH: Abu Taqiyuddin



Keadaan Semakin Membinggungkan Di Yaman.

1. Berita terbaru yang aku dengar, kumpulan pemisah Selatan Yaman telah melakukan kudeta terhadap kepimpinan Presiden Abdo Rabbu Mansour Al-Hadi. Kumpulan ini telah mengambil alih pejabat-pejabat kerajaan malah kem tentera yang terdapat di Aden.

2. Untuk yang tidak mengetahui sejarah moden Yaman, Yaman yang dikenali pada hari ini merupakan gabungan dari dua negara yang dahulunya berpisah dari aspek sistem politik.

3. Yaman Selatan berpaksikan sistem politik komunis manala Yaman Utara pula berpaksikan sistem politik demokrasi liberal.

4. Negara ini terpecah kepada dua akibat kesan dari 2 blok kuasa besar dunia yang bertembung (Komunis Soviet di Selatan dan Demokrasi Liberal di Utara).

5. Kelemahan Soviet Union pada akhir era 80an menyebabkan cengkaman komunis di Yaman Selatan semakin berkurangan.

6. Melihat apa yang berlaku, Presiden Yaman utara pada ketika itu, Ali Abdullah Saleh mengambil tindakan menyatukan Yaman Utara dan Selatan. Maka pada tahun 1990, tertubuhlah Yaman yang kita kenali pada hari ini.

7. Banyak isu yang perlu dilihat sebelum anda membuat kesimpulan mengenai masalah di Yaman.

8. Antara isu yang aku perhatikan ialah isu pertembungan pengaruh diantara penguasa utara dan selatan. Dimana pihak Yaman Selatan melihat pemerintah yang dikuasai Yaman Utara gagal menjalankan amanah mereka. Selain kuasa pemerintahan negara banyak dikuasai dari mereka yang berasal dari Utara Yaman dari Selatan Yaman.

9. Itu tak termasuk dengan isu-isu kabilah Arab yang persis di zaman Jahiliyyah Arab. Dimana sikap kesukuan yang tinggi diantara kabilah.

10. Dan terkini, Yaman diambang perpecahan. Dan kemungkinan kita akan melihat kembalinya kewujudan Yaman Selatan sekiranya Abdo Rabbo Mansour Al-Hadi gagal mengawal perpecahan yang berlaku dalam negaranya.

11. Apa-apa pun, kita berdoa kepada ALLAH agar ALLAH menyelamatkan Yaman.

12. Ketahuilah, kacau bilau yang terjadi di Yaman pada hari ini bermula pada era Arab Spring pada tahun 2011. Yang menyaksikan Presiden Yaman pada ketika itu, Ali Abdullah Saleh diturunkan dan diganti dengan Abdo Rabbo Mansour Al-Hadi.

13. Walaupun Ali Abdullah Saleh berjaya diturunkan, malah telah mati dibunuh oleh sekutunya, Syiah Houthi tahun lepas, namun hakikatnya, kesan dari Arab Spring yang ditaja oleh Qatar, menyebabkan Yaman semakin porak peranda.

___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA

Comments