OLEH: Freddie Aziz Jasbindar
Mungkin ramai yang sudah tahu akan kebenaran hal ini dan perkara sebenarnya, ia bukanlah batu nisan untuk menandakan ada jasad manusia disemadikan di saf paling hadapan dalam Masjid Kota Lama Kanan tersebut, akan tetapi ia adalah hanya sekadar batu peringatan untuk memperingati Sultan Mansur Syah 1 iaitu Sultan Perak yang ke 2 pada tahun 1549 hingga 1577 yang didakwa ghaib ketika bersolat Jumaat di dalam masjid ini.
Sultan Mansur Syah 1 tidak mempunyai makam melainkan batu peringatan yang diceritakan di atas. Batu peringatan Sultan Mansur Syah 1 yang tiba-tiba hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid tersebut, sebuah batu nisan telah diletakkan di saf paling hadapan di dalam Masjid Kota Lama Kanan oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I iaitu Sultan Perak yang ke 28.
Masjid ini juga pernah dibakar oleh penjajah inggeris semasa berlaku perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876 dan dibina semula dalam tahun 1916. Masjid ini terletak di Kampung Batang Kulim di Kuala Kangsar, Perak
___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________




Comments
Post a Comment