Keris Ugutan Kepada Ahli Politik?




BOLEHKAH POS SEBILAH KERIS DENGAN SURAT?

Telah tersebar berita seorang ahli politik yang menerima surat yang berbaur ugutan dan bersama surat itu juga ada sebilah keris. Sebenarnya kes ini cuba menyemarakkan kes perkauman kerana keris itu ibarat Melayu dan surat dikirim kepada ahli politik Cina.

Sebenarnya isu perkauman yang cuba dimarakkan ini perlu diketepikan kan dahulu dan kita akan fokus kepada realiti dan logika.

Adakah logik sebilah keris dikirimkan ke dalan surat itu?

1. Perlu diketahui sebilah keris ini ditempa dengan pelbagai jenis batu dan besi. Pembikinannya rumit dan pastilah tidak wujud keris tanpa sebarang kombinasi bahan pada bilahnya. Maka kita anggarkan berat sebilah keris paling ringan ialah dalam 2 kg.atau 1.5 kg.

2. Surat jenis setem yang dihantar itu dikira sebagai 'mail post'. Iaitu dihantar dengan setem. Setem akan diperlukan mengikut berat.

3. Setem yang ada pada sampul ahli politik itu mempunyai harga muka 80sen sekeping. Semua setem itu 4 keping maka jumlahnya ialah RM3.20 setem.



4. RM2.00 setem boleh menghantar 500g surat. Secara kasarnya 250g pula akan memerlukan lagi RM1.20 bagi mencapai harga setem yang dikirimkan tadi RM3.20.

5. Jadi berat keris yang dihantar ialah 500g+250g = 750g. Logik kah sebilah keris sepanjang itu beratnya hanya 750g (kurang dari 1kg). Siap dengan sarung.

6. Bukan nak cakap apa. Tapi keris selalunya 1kg untuk saiz macam tu memang tak lari. Ada yang ringan2 selalu 1.5kg. Bawah 1kg untuk saiz macam dalam gambar rasanya sangat tak masuk akal.




7. Sepatutnya sampul surat yang sampai akan juga mempunyai 'cop denda' apabila setem pengirim tidak cukup untuk menghantar berat surat itu. Namun cop itu tidak ada pada sampul surat ditunjukkan.

8. Pos Msia mmg tak benarkn pos senjata macam tu. Tapi takkan Pos Malaysia nak cek satu2 surat yang mereka bakal hantar kn? Tapi persoalannya, lepas kah keris yang berat macam tu dihantar hanya dengan setem RM3.20?

Nasihat kami, tak perlu lah naikkan lagi isu perkauman. Benda yang takde jangan di ada-adakan. Terpulang pada pembaca berita ingin percaya atau tidak hantar keris pakai setem ini. Lagipun, orang Melayu yang cetek akal (sebab ugut ahli politik) rasanya takkan ada duit banyak nak beli keris (yang harga sekarang pun ribu riban ringgit) hanya sebab nak ugut orang.

Wallahualam. Malaysia aman makmur.
"Tiada perkauman"

*Ayat selamat dari kami: Kami tak kata sesiapa menipu. Kadang2 benda tak masuk akal pun 'mungkin' boleh jadi. Tapi pembaca buat lah kira-kira sendiri.

___________________________
~ Lajnah Sejarah Dan Tradisi Gerakan PENA Malaysia~

Comments