Sejarah CIMB Bank dan Bank Bumiputra

OLEH: Syafiq Murat

1. BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD

* BBMB (Bank Bumiputera) telah diperbadankan pada tahun 1965 sejajar dengan hasrat kerajaan ketika itu untuk menyaksikan lebih banyak penyertaan dalam urusan ekonomi nasional oleh kaum bumiputera.

* BBMB telah berkembang dengan pesat dan menjadi bank pilihan utama rakyat Malaysia diseluruh negara.

* Pada tahun 1980, BBMB telah menjadi bank yang terbesar dari segi pemilikan aset.

* Menjadi bank tempatan pertama yang mempunyai operasi cawangan diluar negara seperti di New York, London, Tokyo, Bahrain dan Hong Kong.

- Asal usul CIMB ialah dari BANK BUMIPUTRA..




2. BANK OF COMMERCE

* BBMB telah digabungkan dengan Bank Of Commerce pada tahun 1999 dan dijenamakan sebagai Bumiputera Commerce (BCB).

* Bank Of Commerce (BOC) asalnya hanyalah sebuah bank persendirian yang bernama Bian Chiang Bank yang mula ditubuhkan di Kuching Sarawak yang kemudiannya pada tahun 1979 diambil alih oleh kumpulan syarikat yang dimiliki UMNO.

* Sebelum itu, 3 buah bank milik India, Indian Overseas Bank Ltd., Indian Bank Ltd., dan United Commercial Bank Ltd. telah digabungkan pada tahun 1972 menjadi United Asian Bank (UAB) dan bank ini juga telah diambil alih oleh BOC pada tahun 1991.

* Pada tahun 1974, Pertanian Baring Sanwa Multinasional Bhd (PBS) telah diwujudkan hasil usahasama Bank Pertanian, Baring Brothers dari UK, Sanwa Bank milik Jepun dan bank Multinasional UK. PBS telah dikawalselia oleh Baring Brothers dan PBS berfungsi sebagai penasihat korporat dan khidmat pinjaman.


3. BUMIPUTRA COMMERCE
Setelah Bank Bumiputera digabungkan dengan Bank Of Commerce, kini sekali lg Bank Bumiputra bergabumg pula dengan Rashid Hussain Berhad yang menguasai Development and Commerce Bank di bawah skim penggabungan bank-bank. Pada tahun 1999, bank ini bergabung dengan Commerce-Asset Holdings Berhad (CAHB) dan kemudiannya dikenali sebagai Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB).




4. SOUTHERN BANK BERHAD

Southern Bank merupakan sebuah bank yang di Malaysia dan peminjam kesembilan terbesar semasa menjadi salah satu dari sepuluh bank tunjang di Malaysia.

Pada tahun 2004 bank ini dibeli oleh Bumiputra-Commerce Holdings (BCHB). BCHB bercadang menyahsenaraikan bank ini dari senarai awam beserta dengan Bumiputra-Commerce dan CIMB (bahagian bank pelaburan). Oleh itu ketiga-tiga bank ini digabungkan sebagai sebuah bank sejagat dan dinamakan semula sebagai CIMB Bank.




Kini barulah sampai kita ke topik CIMB yg sebenarnya.. setelah beberapa penggabungan dan penjenamaan dibuat, bolehlah dirumuskan seperti sifir di bawah :

1. BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD + BANK OF COMMERCE + CAHB = BUMIPUTRA COMMERCE

2. BUMIPUTRA COMMERCE + SOUTHERN BANK BERHAD = CIMB (2006)

CIMB bukanlah bermaksud CINA INDIA MELAYU BANK.. hehe tetapi singkatan daripada Commerce International Merchant Bankers.

CIMB PRIVATE BANKING
Launched in 2002, CIMB Private Banking is the wealth management arm for high net worth individuals of CIMB Group. We offer a full suite of wealth management solutions with the aim of enhancing and preserving wealth. Our regional network that spans Singapore, Indonesia and Thailand enables us to seamlessly cater to both your onshore and offshore needs.

At CIMB Private Banking, we understand that every individual is unique and our investment philosophy is based on helping you enhance and preserve your wealth in a way that will be best suited for you, to meet your long term investment objectives. Operating on an open architecture, we offer comprehensive solutions covering your personal and business needs within a single point of contact.


___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA

Comments