OLEH: Iskandar Zulqarnain
The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History
oleh Michael H. Hart
1978
Saya memilih Muhammad sebagai individu pertama paling berpengaruh yang mengetuai senarai individu-individu yang berpengaruh dalam sejarah mungkin akan mengejutkan dan menimbulkan beberapa persoalan oleh pihak-pihak tertentu kerana dia, Muhammad merupakan satu-satunya individu dalam sejarah yang berjaya baik di peringkat agama dan sekular. Muhammad telah menubuhkan salah satu agama besar di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang sangat hebat. Walaupun telah tiga belas abad berlalu, pengaruhnya masih kuat dan meluas. Majoriti individu dalam buku ini mempunyai kelebihan kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam pusat-pusat peradaban. Tetapi, Muhammad lahir di suatu masa dan tempat di mana masyarakat pada waktu itu mundur dan tidak maju, jauh dari pusat pedagangan, seni dan pendidikan dan berdasarkan tradisi islam Muhammad adalah seorang yang buta huruf. Beliau menjadi anak yatim piatu pada umur enam tahun dan dibesarkan dalam suasana yang sederhana. Kedudukan ekonominya meningkat pada usia 25 tahun dan beliau berkahwin dengan seorang janda yang kaya. Namun demikian, apabila mencapai usia 40 tahun, ada indikasi luar bahawasanya beliau adalah seorang yang luar biasa. Kebanyakan orang arab pada waktu itu adalah orang-orang kafir yang percaya kepada banyak tuhan. Pada zaman itu juga terdapat minoriti golongan Yahudi dan Nasrani dan daripada mereka Muhammad dapat mengetahui bahawa wujudnya satu tuhan yang memerintah seluruh alam semesta. Dan pada usia 40 tahun, Muhammad yakin bahawa tuhan ini (Allah) telah berbicara dengannya dan telah memilihnya untuk menyebarkan iman yang benar. Selama tiga tahun Muhammad hanya menyebarkan mengenai Islam kepada teman dan sahabat yang karib sahaja. Dalam sekitar 613M beliau menyebarkan secara terbuka kepada masyarakat. Pada waktu Muhammad mula mendapat pengikut-pengikut, maka pihak Quraisy Makkah mula menganggap beliau sebagai satu ancaman kepada mereka. Pada 622M, khuatir atas keselamatannya, beliau lari ke Madinah (sebuah kota sekitar 200 batu utara Makkah), di mana beliau telah diberikan tawaran kedudukan politik yang kukuh. Pelarian ini yang dikenali sebagai hijrah merupakan titik penentuan hidup beliau. Di Makkah beliau mempunyai beberapa pengikut. Di Madinah, pengikutnya lebih ramai dan tidak lama kemudian beliau mendapat pengaruh yang menjadikan beliau sebagai seorang diktator. Beberapa tahun kemudian, ketika pengaruh dan pengikut beliau semakin kuat dan ramai, beberapa siri pertempuran telah berlaku antara Makkah dan Madinah. Hal ini berakhir pada tahun 630M dengan kemenangan pada pihak Muhammad sebagai penakluk. Pada akhir hidup beliau, dalam 2 dan satu setengah tahun, berlakunya perubahan mendadak suku-suku Arab kepada Islam.
Ketika kewafatan baginda pada 632M, beliau merupakan seorang penguasa yang paling agung dalam Selatan Arab. Masyarakat suku Badwi arab mempunyai reputasi sebagai askar yang gagah. Oleh kerana jumlah mereka yang kecil dan juga perpecahan di antara mereka, mereka tidak setanding dengan kerajaan di utara yang lebih besar. Namun mereka telah disatukan oleh Muhammad untuk pertama kalinya dalam sejarah, dan diinspirasikan oleh keyakinan yang kuat pada Allah, tentera arab yang kecil ini, memulakan salah satu siri penaklukan yang menakjubkan dalam sejarah manusia. Kea rah timur laut Arab, terletaknya Neo Parsi, daripada empayar Sassanid, di barat laut terletaknya Byzantine atau empayar Rom timur berpusat di Konstantinopel. Secara jumlahnya orang arab tidak setanding dengan lawan mereka. Walau bagaimanapun di medan pertempuran, orang arab dengan mudahnya dapat menawan seluruh Mesopotamia, Syria dan palestin. Pada tahun 642M, mesir telah dirampas daripada empayar Byzantine, sedangkan tentera Parsi telah ditumpaskan ketika perang di Qadisiya pada 637M dan Nehavend pada 642M. Walaupun penaklukan-penaklukan yang hebat ini dilakukan di bawah kepimpinan para sahabat yang rapat dengan Muhammad dan para tabiin, Ali, Abu Bakar dan Umar ibn Al Khattab, tidak menandakan berakhirnya kemaraan mereka. Pada 711M, tentera arab telah menguasai sepenuhnya merentasi Afrika Utara ke Lautan Atlantik. Di sana, mereka menuju ke utara dan menyeberangi selat Gibraltar, dan menumpaskan kerajaan Visigothic di Sepanyol.
Buat seketika, ia seolah-olah Muslims pada waktu itu akan menyaingi Kristian Eropah. Tetapi pada 732M, pada pertempuran terkenal, Tours, tentera Islam yang menuju ke pusat Perancis, ditumpaskan oleh kaum Frank. Kaum Badwi Arab, yang diinspirasikan oleh kata-kata Muhammad telah membina sebuat empayar yang meluas daripada perbatasan India hingga ke Lautan Atlantik, sebuah empayar yang terbesar yang tidak pernah ada pada waktu itu. Dan di mana jua mereka menakluk, disusuli dengan penerimaan agama Islam. Tetapi tidak semua penaklukan tersebut tidak kekal. Meskipun rakyat Parsi tetap setia kepada agama Muhammad, mereka telah mendapat kembali kemerdekaan mereka daripada kaum Arab. Dan di Sepanyol, setelah hampir tujuh abad peperangan akhirnya menyaksikan bahawa orang-orang Kristian menawan kembali seluruh semenanjung Sepanyol. Walau bagaimanapun, Mesapotamia dan Mesir, punca peradaban kuno, tetap kekal sebagai negara Islam dan juga seluruh pantai Afrika Utara. Agama baru ini terus tersebar jauh daripada sempadan negara taklukan Islam. Pada ketika ini, Islam memiliki puluhan juta pengikut di Afrika, Asia tengah, bahkan lebih ramai di Pakistan dan utara India dan juga indonesia. Di Indonesia, agama baru ini menjadi faktor penyatuan bangsa. Walau bagaimanapun, di benua India, konflik antara Muslim dan Hindu masih menjadi halangan besar penyatuan mereka.
Kemudian, bagaimana ingin menilai kesan Muhammad pada keseluruhan sejarah peradaban manusia? Seperti semua agama, Islam memberikan pengaruh yang sangat kuat kepada kehidupan pengikutnya. Disebab faktor inilah para pengasas agama yang paling berpengaruh menjadi tokoh yang menonjol dalam buku ini. Walaupun jumlah Kristian dua kali ganda lebih ramai daripada Muslim, anehnya Muhammad dilihat berkedudukan lebih tinggi daripada Jesus. Ada dua sebab utama. Pertama, Muhammad memainkan peranan yang lebih penting dalam membangunkan Islam berbanding Jesus ketika membangunkan agama Kristian. Walaupun Isa bertanggungjawab atas ajaran, etika dan moral utama Kristian (setakat ini berbeza daripada agama Yahudi) St Paul merupakan penggerak utama teologi kristian dan merupakan penulis sebahagian penjajian baru (New testament). Walau bagaimanapun Muhammad bertanggungjawab untuk kedua teologi Islam dan prinsip-prinsip utama etika dan moral. Selain itu, memainkan peranan utama dalam dakwah agama Islam dan membina amalan-amalan agama Islam. Beliau juga merupakan pengarang kitab suci Islam, Al Quran, koleksi wawasan tertentu Muhammad yang dipercaya telah diwahyukan kepadanya oleh Allah. Sebagai besar kata-kata ini disalin semasa hayat Muhammad dan dikumpulkan tidak lama selepas kematiannya. Oleh itu, Quran mewakili idea-idea Muhammad dan ajaran-ajaran yang melampaui kata-kata sebenar beliau. Tiada kompilasi terperinci ajaran Kristian yang kekal. Quran kepada Muslim sama penting seperti Bible kepada Kristian, merupakan salah satu medium pengaruh Muhammad yang besar. Ini adalah berkemungkinan bahawa pengaruh Muhammad terhadap Islam lebih besar daripada pengaruh Jesus dan St Paul terhadap Kristian.
Pada peringkat agama, berkemungkinan Muhammad sama pengaruh seperti Jesus dalam sejarah manusia. Tambahan pula, Muhammad, tidak seperti Jesus, merupakan seorang pemimpin sekular dan pemimpin agama. Bahkan sebagai pendorong utama penaklukan Arab, beliau lebih layak diletakkan pada kedudukan sebagai pemimpin yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Dalam kebanyakan peristiwa sejarah, boleh dikatakan bahawa peristiwa-peristiwa tersebut tidak dapat dielakkan walaupun tiada pemimpin politik tertentu yang boleh memimpin mereka. Sebagai contoh, tanah jajahan Amerika selatan berkemungkinan boleh memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol walaupun tanpa Simon Bolivar tidak pernah ada. Tetapi ini tidak boleh dikatakan bagi penaklukan-penaklukan Arab. Tiada yang serupa berlaku sebelum kehadiran Muhammad dan tiada sebab dan alasan untuk mempercayai bahawa pembukaan akan tercapat tanpanya. Satu-satunya penaklukan yang setanding dalam sejarah manusia adalah oleh bangsa Mongul pada abad ke-13 adalah disebabkan oleh pengaruh Genghis Khan. Walaupun penaklukan ini lebih luas daripada penaklukan yang telah dilakukan oleh orang Arab, ianya tidak kekal dan kini wilayah yang hanya dihuni oleh Mongul adalah wilayah yang mereka miliki sebelum kedatangan Genghis Khan. Hal ini jauh berbeza dengan penaklukan bangsa Arab. Dari Iraq ke Maghribi, negara-negara Muslim tersebut bersatu bukan hanya pada Iman mereka terhadap Islam tetapi juga kerana oleh bahasa Arab, sejarah dan kebudayaan mereka.
Keutamaan Quran dalam agama Islam dan fakta bahawa ia ditulis dalam bahasa Arab mungkin telah mencegah bahasa Arab daripada diolah dan diubah yang dimana berkemungkinan boleh berlaku jikalau tiada fungsi Quran tersebut dalam jangka masa 13 abad. Perpecahan dan pembahagian antara negara-negara Arab wujud, tetapi perpecahan yang kecil ini tidak patut membutakan kita daripada unsur-unsur penyatuan yang tetap kekal sehingga kini. Sebagai contoh, baik Iran mahupun Indonesia, negara pengeluar minyak, negara Islam, bergabung dalam sekatan minyak pada musim sejuk tahun 1973-1974. Dan ia bukanlah satu kebetulan di mana seluruh negara Arab, dan hanya negara Arab, menyertai sekatan tersebut. Kita melihat bahawa penaklukan arab yang bermula pada abad ke 7 terus memainkan peranan penting dalam sejarah manusia sehingga kini. Disebabkan kombinasi pengaruh sekular dan agama, saya merasa bahawa Muhammad lebih layak dianggap sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia.
----------------------------------------------------------------------------------------------
The following is from Michael Hart's book and lists Prophet Muhammad as the most influential man in History. A Citadel Press Book, published by Carol Publishing Group. Ranking, list of 100 most influential persons in history:
Prophet Muhammad
Isaac Newton
Jesus Christ
Buddha
Confucius
St. Paul
Ts'ai Lun
Johann Gutenberg
Christopher Columbus
10. Albert Einstein
11. Karl Marx
12. Louis Pasteur
13. Galileo Galilei
14. Aristotle
15. Lenin
16. Moses
17. Charles Darwin
18. Shih Huang Ti
19. Augustus Caesar
20. Mao Tse-tung
21. Genghis Khan
22. Euclid
23. Martin Luther
24. Nicolaus Copernicus
25. James Watt
26. Constantine the Great
27. George Washington
28. Michael Faraday
29. James Clerk Maxwell
30. Orville Wright and Wilbur Wright
31. Antoine Laurent Lavoisier
32. Sigmund Freud
33. Alexander the Great
34. Napoleon Bonaparte
35. Adolf Hitler
36. William Shakespeare
37. Adam Smith
38. Thomas Edison
39. Anthony van Leeuwenhoek
40. Plato
41. Guglielmo Marconi
42. Ludwig van Beethoven
43. Werner Heisenberb
44. Alexander Graham Bell
45. Alexander Fleming
46. Simon Bolivar
47. Oliver Cromwell
48. John Locke
49. Michelangelo
50. Pope Urban II
51. Umar ibn al-Khattab
52. Asoka
53. St. Augustine
54. Max Planck
55. John Calvin
56. William T.G. Morton
57. William Harvey
58. Antoine Henri Becquerel
59. Gregor Mendel
60. Joseph Lister
61. Nikolaus August Otto
62. Louis Daguerre
63. Joseph Stalin
64. Rene Descartes
65. Julius Caesar
66. Francisco Pizarro
67. Hernando Cortes
68. Queen Isabella I
69. William the Conqueror
70. Thomas Jefferson
71. Jean-Jacques Rousseau
72. Edward Jenner
73. Wilhelm Conrad Rontgen
74. Hohann Sebastian Bach
75. Lao Tzu
76. Enrico Fermi
77. Thomas Malthus
78. Francis Bacon
79. Voltaire
80. John F. Kennedy
81. Gregory Pincus
82. Sui Wen Ti
83. Mani
84. Vasco da Gama
85. Charlemagne
86. Cyprus the Great
87. Leonhard Euler
88. Niccolo Machiavelli
89. Zoroaster
90. Menes
91. Peter the Great
92. Mencius
93. John Dalton
94. Homer
95. Queen Elizabeth
96. Justinian I
97. fJohannes Kepler
98. Pablo Picasso
99. Mahavira
100.Niels Bohr
Sumber : http://www.amaana.org/ismailim.html
___________________________
~ Iskandar Zulqarnain ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________


Comments
Post a Comment