Antara Bekam Moden, Derma Darah Dan Sunnah Nabi

OLEH: Dr. Aznil Hisham


BAHAGIAN A

PENDAHULUAN

Bekam adalah membuang darah kotor.

Dari segi anatomy: Darah mengalir dari artery –> capillary –> vein

Artery: salur darah yang membawa makanan dan oxygen.

Capillary: salur darah dimana penukaran makanan dan oxygen dengan bahan kumuh

Vein : salur darah ini mengandungi bahan kumuh dan toksin

Ini bermakna vein mengandungi bahan kumuh (kotoran) yang lebih banyak dari capillary.

Bekam moden: menghisap darah dari capillary.

Derma darah: menghisap darah dari vein.
==> ini bermakna derma darah lagi baik sebab lagi banyak bahan kumuh (kotoran) dibuang.

—-
BAHAGIAN B

KEBAIKAN DERMA DARAH vs BEKAM MODEN

1. Seperti yang saya kata di atas, ianya lebih banyak bahan kotoran dibuang berbanding dengan bekam moden (capillary).

2. Kuantiti darah yang di dermakan itu lebih banyak iaitu sebanyak 500 mls berbanding bekam moden yang mana lebih kurang 100 mls. Kehilangan darah sebanyak 500mls menyebabkan badan akan mengarahkn sum sum tulang menghasil sel sel darah baru yang muda.

Dengan kata lain, lebih banyak darah yang hilang maka lebih banyak penghasilan darah yang baru.

3. Dengan menderma darah, darah anda akan menyelamatkn 3 nyawa. Tetapi dengan berbekam, darah anda akan di buang begitu saja tanpa manfaat.

4. Derma darah, kita menggunakan jarum yang bersih dan pakai buang. Manakala bekam pula saya kurang pasti. Tetapi jika jarum itu “recycle”, itu adalah amalan yang cukup bahaya.



5. Darah yang anda dermakan akan dikaji sama ada anda mempunyai hepatitis, hiv, sifilis dan sebagainya. Ini bermakna dengan menderma, anda juga turut di saring. Tetapi bekam moden tidak.

6. Berbekam, anda terpaksa membayar. Tetapi dengan menderma darah ianya percuma. (lihat bahagian D, E, F utk perbincangan lanjut)

7. Individu boleh melakukan `diet’ atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

8. Untuk menderma darah, masa yang di perlukn hanya 15 minit. Tapi bekam moden 30 – 45 minit.

9. Membantu melawan hemochromitosis. Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

—-
BAHAGIAN C

KAJIAN KESIHATAN

1. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paru paru, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitkan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.



2. Ada kajian yang menunjukkan, rutin menderma darah setiap enam bulan boleh mengurangkan serangan jantung dan strok kepada peserta kajian itu yang berusia antara 43 hingga 61 tahun.

3. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan system kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.

4. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.



5. Kajian membabitkan 2,682 responden di Finland seperti dilaporkan dalam American Journal of Epidemiologi, mendapati, penderma lelaki yang melakukannya sekurang-kurangnya sekali setahun, mempunyai risiko 88 peratus lebih rendah serangan jantung berbanding bukan penderma. Kumpulan penyelidik sama dalam kajian susulan dilakukan, mendapati penderma lelaki juga tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit kardiovaskular. Ini menjadikan risiko serangan jantung kalangan penderma dapat dikurangkan sehingga satu pertiga.

—-
BAHAGIAN D

TAHUKAH ANDA NABI MENGEJI MEMINTA UPAH UNTUK BERBEKAM?

1. Ada pendapat mengatakan bahawa meminta upah bekam adalah HARAM.

Hadits Abu Hurairah r.a berkata:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang dari hasil penjualan anjing, upah bekam, upah zina dan penjualan sperma binatang jantan.” (HR. Ahmad no. 7635)




2. Ada pula berpendapat meminta upah bekam adalah bersifat makruh.

Pendapat Ibnu Abbas tatkala beliau berkata:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dan baginda memberi upah kepada orang yang membekam baginda. Seandainya upah bekam itu haram, tentu baginda tidak akan memberikan padanya.” (Riwayat Al-Bukhari no. 1961 -dan ini adalah lafazhnya- dan Muslim no. 2955)

3. Jika perkara makruh pun kita minta dijauhkan apatah lagi jika ianya haram.

—-
BAHAGIAN E

TAHUKAH ANDA HUKUM MEMBERI UPAH BEKAM ITU PULA HARUS

1. Hadits Anas r.a-.

“Dari Humaid dia berkata, “Anas bin Malik ditanya mengenai (upah) tukang bekam, dia lalu menjawab, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam dan yang membekam baginda adalah Abu Thaibah, lantas baginda memerintahkan (keluarganya) supaya memberikan kepada Abu Thaibah dua gantang makanan.” (HR. Muslim no. 2952)

2. Oleh Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin dalam Liqo’at Al Bab Al Maftuh, 189/17

Syaikh rahimahullah pernah ditanya:

Apa hukum memberi upah (harta) pada tukang bekam atas usaha bekamnya?

Syaikh rahimahullah menjawab:

Tidak mengapa (boleh-boleh saja) memberi upah pada tukang bekam. Sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma,

“Sesungguhnya upah tukang bekam tidaklah haram. Seandainya upah tersebut haram, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak akan memberikan upah tersebut pada tukang bekam.”(Riwayat Al-Bukhari no. 1961 -dan ini adalah lafazhnya- dan Muslim no. 2955)



3. Benarlah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Akan tetapi ingatlah bahawa upah bekam disebut khobits (jelek). Sudah selayaknya tukang bekam tidak meminta upah kerana proses bekam memberikan dhoror (bahaya) pada saudaranya (dengan mengeluarkan darah)

Jadi dapat kita katakan untuk upah bekam: Upah semacam ini adalah jelek, namun bukan haram. Apakah khobits (jelek) bererti halal? Iya. Allah Ta’ala berfirman:

“Nafkahkanlah (di jalan allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang khobits (yang buruk-buruk) lalu kamu menafkahkan daripadanya.” (QS. Al Baqarah: 267)

Diterjemahkan oleh: Muhammad Abduh Tuasikal

4. Pertanyaan kepada Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmy rahimahullahu



Pertanyaan:

Bolehkah bekam dijadikan mata pencarian?

Jawab:
Dalam keadaan darurat diperbolehkan, apabila dengan niat memberikan manfaat kepada orang lain sementara dia tidak memiliki penghasilan kecuali dari pekerjaan ini, maka boleh insya Allah. Wabillahi At-Taufiq.
(Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmy)

—-
BAHAGIAN F

ADAKAH BEKAM ITU SUNNAH NABI?

1. Fatwa Syaikh Shalih Fauzan bin Abdullah Al Fauzan hafidzahullah ditanya :



Apakah bekam termasuk dalam sunnah fi’liyah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ?

Syaikh hafidzahullah menjawab :

Bekam adalah perkara mubah. Ia termasuk pengubatan yang mubah. Tidak dikatakan bahawa ia sunnah, sehingga orang yang tidak melakukan bekam bererti telah meninggalkan sunnah. Tidak dikatakan demikian. Bekam termasuk perkara mubah. Dan perubatan termasuk salah satu dari perkara mubah.

Sumber : مجلة الفرقان, العدد 467- الإثنين 9 ذو القعدة 1428 ه

=====

KESIMPULAN :

1. Derma darah juga salah satu kaedah bekam moden ( jika di lihat dari segi definasi ), malah lebih baik dari bekam moden sedia ada.

2. Banyak kelebihan menderma darah berbanding berbekam moden. Jadi marilah kita menderma darah.

3. Hukum meminta upah bekam adalah makruh malah ada pendapat mengatakan ianya haram.

4. Bekam bukan sunnah tetapi ianya adalah mubah (dibolehkan) menurut pendapat ulamak-ulamak kontemporari. Tidak mengamalkan bekam tidak bermakna anda menolak sunnah.

————::———-

24 September 2014


___________________________
~ Dr Aznil Hisham ~
Sahabat PENA

Comments