OLEH: Taufiq Tuah
Tanah kawasan Batu Bara ini pada awalnya dihuni oleh lima buah suku iaitu :-
1) Lima Laras
2) Tanah Datar
3) Pesisir
4) Lima Pulu
5) Bogak
Di bawah bendahara dibentuk dewan yang anggotanya dipilih oleh para Datuk Kepala Suku. Anggota Dewan itu adalah seorang Syahbandar (suku Tanah Datar). Jurutulis dipilih dari suku Lima Puluh. Mata-mata dipilih dari suku Lima Laras dan Penghulu Batangan dipilih tetap dari suku Pesisir.
Dipercayai Batu Bara ini dihuni semenjak 1720M dan ada juga pandangan yang menyebutkkan tahun 1674M. Kisah ini bermula apabila Datuk Belambangan (daripada Pagaruyong) telah berjalan untuk mencari guru. Namun ketika hendak pulang, Datuk Belambangan dan hulubalang-hulubalangnya tersesat.
Maka mereka membuka penempatan di kawasan itu dan memajukan kawasan tersebut. Ketika mencari air, beliau menggali tanah untuk mendapatkan air. Namun yang dijumpai ialah seketul batu yang mana batu itu kelihatan seakan-akan menyala. Maka dari peristiwa itulah diberi nama 'Batu Bagha'.
NAKHODA AHMAD KUDUS BIN HITAM
Beliau dipercayai salah seorang daripada pembesar di Batu Bhara. Namun beliau terpaksa lari daripada Batu Bhara akibat diugut bunuh. Beliaupun akhirnya menukar nama pangkatnya kepada 'Nakhoda' dan namanya kepada Ahmad Kudus. Lalu berlayar sehingga ke Taiping, Perak lalu bermustautin di sana.
Namun Nakhoda Ahmad Kudus bukan lah satu-satunya 'nakhoda' yang datang dari Batu Bhara. Hal ini kerana ramai lagi 'Nakhoda' lain yang turut datang ke semenanjung yang berasal dari Batu Bhara. Ada diantara mereka turun di Pulau Pinang, namun yang paling ramai daripada mereka turun di Perak.
Gambar Nakhoda Ahmad Kudus Bin Hitam
Akhirnya darah ini yang membentuk legasi di dalam Malaysia. Ramai juga keturunannya yang akhirnya merantau luar daripada Taiping.
Isterinya bernama Zaliha dan mendapat tiga orang anak iaitu
1. Anjang Ahmad
2. Arif
3. Abdullah.
Anjang Ahmad pula mempunyai anak yang bernama:-
1. Abdul Halim
2. Puteh
3. Haji Wan
4. Pakchik Abbas
5. Mak Wan Kechik
Gambar Abdul Halim Bin Anjang Ahmad
(Cucu kepada Nakhoda Ahmad Kudus)
Gambar Mohd Shariff Bin Abdul Halim
(Anak kepada Abdul Halim Bin Anjang Ahmad)
Keturunan Nakhoda Ahmad Kudus yang tertua pada hari ini.
Rujukan:
1. Temu ramah Darmawan bersama guru sejarah SMA N1 Talawi.
2. Usman Pelly, Sejarah sosial daerah Sumatra Utara, Kotamadya Medan, 1984
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment