Senarai Universiti-Universiti Tertua Di Malaysia

OLEH: Taufiq Tuah

Pada hari ini, banyak universiti yang muncul di Malaysia. Samada universiti awam mahupun universiti swasta. Namun tahukah kita apakah universiti tertua di Malaysia? Artikel ini akan mengambil kira rentetan universiti tersebut.


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Universiti ini sebenarnya ialah rentetan daripada Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur pada tahun 1904. Pada tahun 1955. sekolah ini telah dinaik taraf kepada Maktab Teknik dan seterusnya di naik taraf lagi kepada Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada tahun 1972.

Akhirnya pada 1975, ITK dinaiktaraf kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


UNIVERSITI MALAYA (UM)

Pada tahun 1949, Kolej Perubatan King Edward VII telah bergabung dengan Kolej Raffles bagi membentuk Universiti Malaya (UM) . Pada 1962, UM telah dipisahkan kepada dua iaitu Universiti Malaya (UM) dengan Universiti Kebangsaan Singapura (UKS).

 Universiti Malaya yang sama telah berdiri sehingga hari ini. Namun UKS akhirnya telah bergabung dengan Nanyang University bagi membentuk National University Singapore (NUS) pada hari ini.
Maka dapat disimpulkan bahawa UM dan NUS wujud daripada rentetan yang sama.


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Pada mulanya wujud sebagai Maktab Perguruan Matang, 1913. Kemudiannya dinaiktaraf kepada Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922. Seterusnya juga telah dinaiktaraf kepada Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI) pada 1987.

Pada 1997, barulah terukir nama Universiti Pendidikan Sultan Idris.


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Wujud sebagai Sekolah Pertanian, Serdang pada tahun 1913. Kemudiannya dinaiktaraf kepada Kolej Pertanian Malaya (KPM) pada 1947. 

Daripada rentetan ini, KPM mendapat nama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1971. Pada 1997 pula UPM telah mengubah namanya kepada Universiti Putra Malaysia.


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Dewan Latihan RIDA diasaskan pada 1956. Selepas MARA ditubuhkan, maka urusan2 Dewan Latehan RIDA telah diambil alih oleh MARA dan pada 1965,namanya telah ditukar kepada Maktab MARA. Pada 1967, Maktab MARA dinaiktaraf kepada Institut Teknologi MARA dan seterusnya dinaiktaraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 1999.



UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Bermula sebagai Universiti Pulau Pinang ada 1969 yang kemudiannya bertukar nama kepada Universiti Sains Malaysia pada 1971.


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Idea penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebenarnya dicadangkan sejak 1923 lagi oleh Abdul Kadir Adabi bagi melawan penjajahan Inggeris. Pada 1960, jawatan kuasa penaja ditubuhkan oleha Syed Nasir Ismail bagi mencadangkan kembali penubuhan UKM. Sehinggalah akhirnya tertubuh jua UKM pada 18 Mei 1970.


UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)

Pada awalnya dikenali sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) pada tahun 1976. Kemudiannya membentuk Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN) pada 1994. Sehinggalah dinaiktaraf sebagai universiti pada tahun 1997 dengan nama Universiti Tenaga Nasional.


___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi








Comments