Isu Uyghur : Jangan Kita Mudah Melatah

OLEH: Abu Taqiyuddin

1. Dalam isu Uighur ini. Masalah utama yang dihadapi oleh kita ialah pemerintah China menganggap ianya masalah dalaman negara berkenaana.

2. Ianya persis dengan kes yang terjadi pada kaum Rohingya di Rakhine, yang menyaksikan kerajaan Myanmmar menghalau kelompok ini dari negara tersebut.

3. Dalam dua-dua kes ini, tidak ada sebarang negara yang boleh menggerakkan tenaga tentera sebagai jalan penamat kepada konflik ini.

4. Mengapa?

5. Kerana dalam undang-undang antarabangsa, sesebuah kerajaan dalam sesebuah negara mempunyai kedaulatan dalam menentukan soal hal-ehwal dalaman negaranya.

6. Negara lain tidak mempunyai hak untuk masuk campur dalam urusan dalaman sesebuah negara berkenaan. Kerana ianya melibatkan soal kedaulatan sesebuah negara.

7. Oleh kerana itu, mengambil contoh dalam isu Rohingya di Myanmar, negara-negara ISLAM di ASEAN seperti Malaysia, Indonesia atau Brunei tidak menghantar tentera bagi "melanggar" kedaulatan Myanmar. Kerana sebarang "pelanggaran" oleh negara asing, maka boleh membawa negara ke kancah peperangan yang lebih dasyat.


8. Apa yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam isu Rohingya misalnya, menjadikan ASEAN sebagai platform memujuk dan berbincang dengan pemerintah Myanmar agar mengurangkan tekanan terhadap orang-orang Rohingya.

9. Selain itu, melalui kerjasama dan hubungan yang baik oleh Perdana Menteri terdahulu, Najib Razak dengan pemerintah Arab Saudi, UAE dan Brunei, kita telah berjaya membina hospital medan di sempadan Myambar - Bangladesh di Cox Bazar.

10. Malah Arab Saudi dan UAE menjadikan Malaysia sebagai regional player atau pemudahcara dalam menguruskan operasi bantuan kepada pelarian Rohingya di Cox Bazar.

11. Maka dalam isu Uighur juga, Malaysia malah negara-negara lain tidak boleh masuk campur, ekoran isu berkenaan adalah isu dalaman China.

12. Apa yang boleh dilakukan oleh negara-negara Islam sekarang adalah menggunakan jalan diplomasi. Dan salah satu kaedah dan senjata diplomasi adalah dengan ekonomi. Melalui ekonomi, sesebuah negara boleh memberikan pengaruh atau tekanan kepada sesebuah negara agar mengubah dasar mereka.

13. Namun perkara ini memakan masa. Tuduhan yang menyatakan bahawa pemimpin negara-negara Arab tidak mengambil peduli mengenai apa yang terjadi kepada saudara mara seagama mereka di tempat lain adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

14. Kadangkala, dalam urusan seperti ini, tidak seharusnya diperkatakan secara terbuka. Malah kadangkala jalan secara sulit lebih berkesan. Apalah guna mendendangkan dengan kuat bahawa dialah pro Uighur, namun tatkala bila diminta memberikan sumbangan membantu etnik tertentu untuk tinggal di negara berkenaan, maka kehadiran mereka ditolak.

15. Jadi dalam hal ini, kita seharusnya berhati-hati dan tidak emosi. Lihatlah pada Arab Saudi sebagai contoh dalam isu pelarian Syria. Tatkala eropah memekik-mekik bahawa merekalah pejuang kepada nasib pelarian, dalam masa yang sama negara-negara eropah mula menolak kehadiran pelarian, malah ada yang sanggup menghalang dari bot-bot pelarian mendarat di pantai mereka. Arab Saudi pula menerima dengan hati terbuka dan memberikan kesemua kemudahan perubatan, kesihatan, tempat tinggal dan peluang pekerjaan kepada pelarian yang datang ke negara berkenaan
(rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=dKOoJUSEVQY).

16. Malah jika anda ke Makkah, anda akan berjumpa atau bertemu dengan ribuan orang Rohingya yang tinggal di kota berkenaan. Yang mana mereka ini tidak tinggal di Khemah, sebaliknya rumah!

17. Akhir kalam. Bercakap memang mudah dari bertindak.



___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA

Comments