OLEH: Shahrin Debu
Dalam salah satu pembetung purba itu, terdapat ratusan tengkorak dan tulang kecil. Setelah diteliti, baru mereka sedar bahawa mereka sedang berdiri di dalam pembetung yang digunakan untuk membuang mayat-mayat bayi yang baru lahir, menjadikan ia adalah tanah perkuburan kanak-kanak terbesar yang masih kekal dalam sejarah tapak arkeologi.
Menurut Patritsiya Smit (ahli antropologi forensik), ratusan rangka bayi tersebut tidak ada tanda-tanda penyakit dan tiada sebarang kecacatan serta dianggarkan umur bayi-bayi itu tidak lebih dari seminggu.
Pelbagai teori yang dikemukakan mengenai penemuan arkeologi yang luar biasa itu. Di antaranya adalah;
i. Untuk mengawal populasi.
ii. Mangsa ritual sihir kuno.
iii. Undang-undang pada zaman itu membenarkan bayi boleh dibunuh jika si bapa tidak mahukan bayinya tetapi dengan syarat umur bayi tersebut belum dua tahun.
iv. Kolam mandi itu mungkin digunakan oleh pelacur-pelacur pada zaman itu. Mereka membuang bayi lelaki ke dalam pembetung itu, manakala bayi perempuan pula dibesarkan untuk keuntungan di masa yang akan datang.
v. Budaya membunuh bayi perempuan adalah kebiasaan bagi masyarakat Rom. Terdapat surat yang ditulis pada tahun 1 SM dimana si suami mengarahkan isterinya yang sedang hamil, "Jika bayi lelaki, ambil. Jika bayi perempuan, buang."
Jika kita lihat sejarah Ashkelon, Herodes (Herod the Great) pernah membina rumah mandi di Ashkelon, walaupun ketika itu Ashkelon bukan di bawah jagaannya.
Herodes dilantik sebagai raja Kerajaan Judea oleh Empayar Rom pada tahun 30 SM setelah Judea dijajah oleh Empayar Rom.
Herodes terkenal dengan peristiwa Pembunuhan Bayi Lelaki yang berusia bawah dua tahun di Bethlehem dan kawasan sekitarnya. Ada versi lain mengatakan, bayi yang baru lahir.
Dia mengarahkan pembunuhan ini kerana bimbang kedudukannya sebagai raja akan tergugat setelah mendengar tentang kelahiran Jesus / Nabi Isa as.
Walau bagaimanapun, punca sebenar tertanamnya ratusan mayat bayi di Ashkelon masih lagi belum terjawab sehingga kini.
___________________________
Shahrin Debu
Belalang Post - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment