OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1.Kita hari ini sedang berada dalam satu suasana yang agak mencabar.Bukan sahaja kerana COVID 19, tapi emosi manusia pada masa ini dalam keadaan yang bercampur-campur.Komplex..
2.Sejak Mesir umum tutup sekolah dan Universiti selama dua minggu sejak 15 Mac dan kemudian disambung lagi dua minggu Part Curfew sehingga 14 April kelak, ramai ibu bapa yang menghubungi secara langsung, whatsaap dan sebagainya menanyakan itu dan ini, melahirkan kerisauan dan sebagainya.
3.Soalan paling famous ialah, “boleh tak anak saya balik?”.Apabila saya nyatakan keadaan di Mesir terkawal dengan fakta-fakta sokongan, hujah termati apabila mereka menghantar “Screen Shot” tentang “apa yang berlaku jika keadaan berterusan”.Antaranya, peperiksaan akhir tahun akan ditunda hingga bulan Oktober.
4.Penundaan peperiksaan belum jadi fakta.Ia baru “telahan” dan sepatutnya reaksi yang diambil mengambil kira pelbagai faktor.
5.Sebagai perunding, saya cuba sedaya upaya mententeramkan ibu bapa.Namun, apabila ada pihak lain yang membuat sesuatu yang bagi mereka peluang keemasan di masa keroh begini, maka ibu bapa membuat keputusan lain kerana peluang itu ada.
6.Saya telah menghubungi Dr Nevin, Kordinator Kuliah Dentist Universiti Aleandariah dan Dr Nagla, Kordinator Kuliah Dentist Banat Al Azhar.
7.Perbincangan bersama mereka berlangsung selama lebih kurang 20 Minit setiap seorang.Pastinya bulan ini bil Celcom AL NUHAS EDUCONSULT melambung tinggi.
8.Kedua-dua mereka memberikan buah fikiran supaya kekal di Mesir tidak perlu pulang ke Malaysia.Tunda pengajian belum keputusan muktamad, ia hanya ura-ura di Media Mesir.
9.Jawatankuasa Tertinggi IPT Mesir telah memutuskan SETAKAT HARI INI, peperiksaan ditunda pada 31 Mei.
10.Ini fakta di depan mata.Ini yang rasmi setakat ini.Bagaimana jika sekiranya selepas 14 April ini nanti Mesir mengumumkan peperiksaan bagi kuliah pergigian AL AZHAR dan Alexandria begitu juga lain-lain fakulti termasuk pengajian Islam di Universiti AL AZHAR, peperiksaan kekal seperti dijadualkan ATAU berjalan dengan teknik assignment seperti di Maahad Buuth ?
11.Dr Nevin sendiri memberitahu, beliau telah mengadakan taklimat kepada para pelajar fakultinya agar bersedia sahaja untuk peperiksaan dan jangan buat keputusan untuk balik ke Malaysia dahulu sehingga ada keputusan rasmi penangguhan.
12.Sepatutnya pihak terlibat membuat pertimbangan yang betul hingga selepas benar-benar diumumkan penundaan kelak.Katakan jika tidak tunda, mereka yang telah balik dengan penerbangan pertama yang dikatakan 9 April itu, harus balik semula semata-mata untuk periksa? Mungkin ada yang berfikir, KAMI telah membayar yuran USD 8000, maka Universiti perlu melayan kehendak KAMI membuat peperiksaan khas pada tarikh yang lain hanya untuk KAMI?
13.Sepatutnya, pelajar Sains Kesihatan walaupun pergigian, menunjukkan tauladan yang baik masa ini.Adakah sikap gopoh gapah pulang ke Malaysia itu, menandakan anda sendiri tidak yakin dengan rawatan Covid 19 di hospital-hospital di negara yang anda sedang belajar? Jika benar, untuk apa ke Mesir hari itu? Kerana tiada pilihan lain? atau kelayakannya hanya untuk di sana sahaja? Pelbagai persepsi boleh timbul dengan tindakan berkenaan.
14.Jika benar Mesir akan tunda peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober, ini bermakna pelajar mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan.Pada ketika itu nanti adakah wajar airport dipenuhi pelajar melayu untuk peluang ke Malaysia? atau paling teruk, apakah perlu pada ketika itu nanti, ada suara “desakan” supaya pelajar Malaysia di Mesir seramai 10,000 itu dibawa pulang?
15.Jika saya guna hujah “pesanan saidina Umar”, atau “perintah Rasulullah S.A.W” supaya kekal di tempat di mana kita berada, saya rasa dah ramai baca.Tidak perlu ulang.
16.Jika anda balik ke Malaysia sekali pun, anda akan dikuarantin di satu tempat selama 14 hari.Ini bermakna kepulangan anda bukan terus ke rumah.
17.Untuk evakuasi pelajar Mesir ke Malaysia, memerlukan kos yang berjuta mungkin puluhan juta, berbelas atau wallahua’lam.Wang itu diperlukan pada masa ini untuk menampung kos rawatan COVID 19 dan menghadapi situasi semasa di Malaysia sendiri.
18.Pelajar-pelajar yang tidak pulang usah risau, selagi Mesir belum setaraf Spain atau Itali, kekal sahaja berada di Mesir, ikut arahan kedutaan dan peraturan semasa kerajaan Mesir di sana.Setakat ini Mesir serius menangani COVID 19 dan keadaan di Mesir masih di tahap terkawal.
19.Saya yakin, di Kementerian Luar atau Kedutaan kita di Mesir mempunyai team work mereka yang boleh membaca keadaan semasa.Selagi masih boleh dikawal oleh kerajaan Mesir, Hospital-hospital mampu menerima pesakit walaupun kita orang asing (bahkan minggu lepas ada pesakit COVID 19 dari Malaysia discharge dari hospital di Mesir rabu lalu), SABAR TUNGGU DI MESIR hingga habis peperiksaan.
JANGAN PANIK !!
___________________________
Mohd Faizal Sabhon
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment