Sampohkong Keramat Chen Ho

OLEH: Abu Syafia Imani

Adalah satu monumen sejarah di tepi sungai jeram di dalam kampung jeram hulu tepoh Kuala Nerus..

Monumen ini adalah sebuah tokong lama yang mempunyai kesan sejarah pertemuan dua dinasti.

Sampohkong ini dipercayai dibina oleh rombongan dari tanah besar China.ada mengatakan dari dinasti Ming.

Saya Ada bertanya kepada mak mertua saya tentang tokong lama ini.

Saya dapati tokong ini dipercayai dibina oleh rombongan laksamana Chen ho Dan tokong ini berdekatan kawasan jeram.dan sebahagian dari rombongan ini mengambil keputusan untuk menetap disini Dan oleh kerana kawasan ini didiami oleh masyarakat melayu maka mereka berkayuh ke hilir Dan akhirnya menjumpai satu kawasan yang berhampiran lautan.

Dan disitulah wujudnya China Town berhampiran Pasar Payang sekarang.

Tokong ini dijaga oleh satu keluarga Cina dan diteruskan ganerasi ke ganerasi.

Mengikut cerita lagi era 40 hingga 50-an tokong ini sering dikunjungi masyarakat cina dan akhir tahun 70-an tokong ini menjadi sunyi Selepas berlaku peristiwa anak cina mati lemas berhampiran tokong ini.

Sehingga sekarang walau tokong ini tidak lagi digunakan tetapi setiap perayaan mereka akan datang berkunjung dan setiap tahun mereka ada melakukan upacara dinamakan upacara mmperingati Chen Ho dan perayaan ini dilakukan selepas tahun baru cina.

Di sini jelas membuktikan kaum cina Terengganu mudah bergaul dengan masyarakat setempat kerana mereka sudah sebati dengan dunia tanah melayu.dan sejarah harus digali agar mendapat jawapan jelas kaitan tokong ini dengan laksamana Chen ho Dan kenapa laksamana Chen ho dipercayai pernah datang ke tanah Terengganu dan kenapa tidak terus ke Melaka.

Lampiran:




___________________________
Abu Syafia Imani

Comments