OLEH: Abu Syafia Imani
Wayang kulit mempunyai seorang atau dua tok dalang yang bermain peranan menghidupkan jalan cerita dan watak wayang kulit itu dan disusuli pasukan muzik tradisional seperti trebana dan serunai.
Tetapi macam mana dengan sketsa animasi wayang kulit yang popular di kaca tv? sketsa wokyoh samad said? adakah ada kaitan dengan wayang kulit. boleh dikatakan ada kaitan juga dengan wayang kulit sebab watak ketiga sahabat ni memang ada didalam wayang kulit..
Sketsa Wokyoh Samad Said
Ini link dia https://www.youtube.com/watch?v=j0GujokI8z0
Cerita ini mengisahkan 3 sahabat baik dan info mengatakan said adalah anak buah wokyoh.
Cerita ini mengambil latar tempat di negeri Kelantan dan dialek 100% dialek Kelantan (kredit buat Luke Smith).. Animasi ini juga dipenuhi nilai-nilai murni walau kadang-kadang annoying sikit.. ada disusuli dikir barat serta cerita ini kadang-kadang bercampur dunia nyata dan animasi..
Okay di sini saya akan kenalkan watak-watak ni mengikut kreteria mereka.
Wokyoh watak paling tua dalam antara watak tersebut. mempunyai pemikiran yang tidak berapa cerdas..dimana tidak dapat mengenal nombor atau nilai duit mana paling banyak akan tetapi selalu memberi idea yang tidak masuk dek akal dan kebanyakan berhasil..contohnya didalam cerita episod radio ajaib.
Samad dikatakan lebih berduit dari ketiga watak ini..mempunyai semangat berkobar-kobar dan juga jenis mudah gabra serta cakap bersungguh-sungguh (lantang) dan mudah diperbodohkan.
Said pula lebih muda dari kedua sahabatnya dan dikatakan lebih cerdik dan suka melayari internet serta lebih tahu isu semasa..menhormati kedua sahabatnya yang lebih berusia serta suka bercakap bahasa baku..
Memang syok kalau layan story ni..boleh buat kita tak henti-henti menahan ketawa walau ada dialeknya sukar difahami..nasib abam faham sikit-sikit sebab saya oghang ganu. kalau nak start menonton nak klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=9_aDV3XkyYU
___________________________
Abu Syafia Imani
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment