OLEH: Izmal Karim
Deskripsi :
Raja Chulalongkorn (20 September 1853 – 23 Oktober 1910) ataupun Raja Rama V yang bertakhta di antara 1 Oktober 1868 sehingga 23 Oktober 1910 dari Dinasti Chakri di Siam. Dilaporkan sebanyak 5 kali telah berkunjung ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu pada tahun 1890, 1898, 1900, 1905 dan 1909.
Setiap lawatan ataupun kunjungan ini seringkali di sertai oleh jurufoto diraja ataupun beliau sendiri meluangkan masa merakamkan foto sebagai tanda kenangan.
Kini, koleksi foto-foto peninggalannya menjadi rujukan amat berharga bagi pengkaji,penyelidik atau peminat sejarah yang mana sebahagian besar darinya tiada salinan di Malaysia. Koleksi ini tersimpan dan di urus dengan baik di Arkib Negara Siam di Bangkok. Manakala ada juga yang berjaya di baik pulih melalui kerja-kerja pemuliharaan, cetakan semula serta sudah yang di pindah bentuk ke dalam salinan digital.
Rujukan :
1. Prince Sommot Amorapan, Jodmaihet Phrabat Somdet Phra Chunlachomklao Chaoyuhua Sadet Prapat Laem Malayu R.S. 109, 117, 119, 124, 128. (Records on King Chulalongkorn's Trips to the Peninsula in 1890, 1898, 1900, 1905, 1909), (Bangkok, 1923), pp.9-10.
2. Portrait Raja Chulalongkorn – Arkib Negara Siam (Thailand).
___________________________
Izmal Karim
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment