Teh Herba Melayu

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Berikut adalah resepi yang saya guna untuk menghasilkan teh herba:

Untuk dapatkan satu cawan teh:

- 2 cawan air
- 1 batang kecil serai
- 1 helai daun pandan
- 6 biji buah pelaga
- 6 biji cengkeh
- 1 bunga lawang
- 6 helai daun selasih
- 1 cm kulit kayu manis
- 1 sdm gula / madu

Perasa tambahan jika perlu:

- 1/2 sdt daun teh
- sehiris lemon tanpa kulit

Cara mereneh:

(1) Masukkan semua bahan diatas kedalam kuali.

(2) Panaskan dengan api yang kecil hingga mendidih dan air berkurang hingga separuh.

(3) Boleh diminum panas atau disimpan hingga sejuk. Jika mahu minum sejuk, biarkan segala rempah didalam kuali dan tapis ketika mahu minum.

Catatan:
(1) Sdm = sudu makan
(2) Sdt = sudu teh
(3) Daun Selasih boleh diganti dengan Daun Basil atau Daun Kemangi

Untuk rasa yang sedap:
(1) Kulit lemon akan menyebabkan teh terasa pahit
(2) Elakkan masukkan terlalu banyak Kulit Kayu Manis
(3) Jika gunakan Kulit Kayu Manis Sri Lanka, boleh masukkan dalam 2 inci.


___________________________
Abu Amru Radzi Othman

Comments