Banyaknya Herba Dari Nusantara

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Dalam mukaddimah buku Dunia Timur (Suma Oriental) karya Tome Pires, pentahqiq kitab tersebut menulis bahawa pernah sekali Portugis menghantar 4 buah Galion dari Melaka ke Tanah Jawa untuk membeli hasil herba yang akan di bawa ke Barat.

Dan Tome Pires tinggal di Melaka untuk mendapat kan hasil herba yang digunakan sebagai ubat- ubatan. Kekayaan Tome Pires melimpah ruah!

Bayangkan Galion yang ada di Bandar Melaka pada hari ini yang dijadikan muzium, sebanyak 4 buah, penuh diisi dengan rempah ratus dari Tanah Jawa sahaja.

Berapa banyaknya 'kekayaan' bangsa Melayu atas jumlah herba yang bertimbun itu.

Sekadar himbauan; secupak lada dari Acheh telah di ganti dengan selaras Lela (meriam) dari Turki.

Sebenarnya Meriam Secupak Lada itu ada kisahnya. Bukannya bermaksud harga secupak lama ketika itu sebanding dengan selaras meriam.

Namun lada hitam ketika itu merupakan tergolong dalam rempah ratus yang mahal harganya. Kerana itulah Belanda pernah merompak lada hitam milik Kesultanan Banjar ketika perahu-perahu Banjar tiba di Banten.

Satu hal yang perlu diketahui adalah istilah 'perahu' itu merujuk kepada semua jenis pengangkutan air tanpa mengira saiznya - dari sebesar Jung hinggalah kepada Jukung dan yang lebih kecil dari itu.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments