Madu Tualang 'RAW' VS Madu Kelulut

 OLEH: Faiz Sazali


Ramai yang pastinya tertanya-tanya apa beza madu tualang dengan madu kelulut. Jom baca info ni. 

1. Madu Tualang dari lebah keluarga Apis, manakala madu kelulut dari serangga keluarga Trigona/Melliponini. Mereka ni macam sepupu la juga kan. Keduanya agen pendebungan terbaik untuk kehidupan tumbuhan.

2. Makanan bagi keduanya sama nektar yang diolah jadi madu dan beebread. 

3. Masing-masing koloni ada Ratu nya sendiri.

4. Produknya pun hampir sama ada madu, beebread, propolis, royaljelly dan wax. cuma kelulut tak ada bisa tapi sepitnya tajam.

5. Propolis di sarang lebah tualang ~ 5-10%, manakala di sarang kelulut ~ 70%.

7. Rasa madu tualang lebih manis berbanding madu kelulut sedikit masam. Spektrum warnanya juga hampir sama dan biasanya madu kelulut agak lebih cair (kadar air 24-30%) berbanding madu tualang (kadar air 22-26%).

6. Antioksidan ringkas dalam madu tualang adalah flavonoid, manakala bagi madu kelulut dikenali asid fenolik. Keduanya mudah diserap ke dalam tubuh dan asid fenolik lebih cepat penyerapannya (30m-1jam) berbanding flavonoid (5-24jam). Cepat dan lambatnya penyerapan bergantung cara makan madu tersebut.

7. Kualiti kedua madu tersebut ditentukan dari sumber nektar yang diambil oleh lebah dan kelulut. Faktor jenis bunga, sumber air, udara dan pencemaran persekitaran perlu diperhatikan bagi penentuan kualiti. 

8. Kajian menunjukkan madu tualang dan madu kelulut berupaya mencegah radikal bebas punca pelbagai kanser seperti kanser payudara, prostat dan tumor disebabkan kandungan antioksida yang tinggi dalam madu teraebut.

9. Madu Tualang dan madu kelulut keduanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Semua madu asli mempunyai khasiat yang terbaik, mengapa tidak, ianya bersumber dari penawar yang turun dari petunjuk wahyu.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments