Sheikh Prof Mahmod Qadah Membela Universiti Islam Madinah

 OLEH: Ustaz Fauzan Yahaya


Setelah University Islam Madinah ditohmah dan difitnah oleh Pak Kiyai Indonesia, Nuruddin AlBanjari (boleh rujuk link video di YouTube https://youtu.be/N8u5ycy6CyU) yang mana  dipuja oleh kebanyakan pengikut "Aswaja", saya ada berkongsi maklumat dengan guru kita di Universiti Islam Madinah (UIM),  Syeikh Prof Mahmood Qadah, individu yang paling layak bercakap kerana hampir 30 tahun berada dan berkhidmat di Universiti berkenaan baik dalam hal pembelajaran dan juga pentadbiran.

Sempat saya bertanya kepada Syeikh tentang tuduhan jahat yang dibawa pak Kiyai tentang UIM. Alhamdulilah semalam dia telah pun respon dan saya ingin berkongsi WhatsApp yang dibalas olehnya serta terjemahan ringkas "quick translation" atas nasihat dari Syeikh..

Soalan : Assalamualaikum Syeikh, apakah nasihat kamu untuk individu atau mereka yang berbicara tentang Universiti Islam Madinah, berbicara buruk dan berita yang jauh dari kebenaran (tidak sahih) bahkan sehingga berdusta tentang matapelajaran yang telah dipelajari di sana. Apa pandanganmu tentang hal ini? Dan bagaimana kami para pelajar berinteraksi dengan fitnah ini? Jazakumullah khayr Syeikh..

Jawapan :

Wa alaikumussalam Warahmatullahi wabarakatuh. Semoga Allah membantu kamu di atas fitnah yang berlaku dan dilindungi dari keburukannya.

Merujud kepada apa yang telah kamu sebut, aku berpandangan bagaimana cara untuk menyelasaikannya dengan beberapa perkara (nasihat) :

1. Menerangkan Manhaj (methodology) pembelajaran /sistem pengajian yang digunakan di UIM , kitab-kitab serta rujukan-rujukan yang diajarkan kepada pelajar di sana. Begitu juga mengajak mereka yang tidak bersetuju itu dengan membawa mereka untuk melihat sendiri apa yang dipaparkan di dalam laman web UIM.

2. Pencerahan bahawa Manhaj UIM telah diasaskan dan dibina dari Kitab Allah, Sunnah RasulNya dan juga Manhaj Salaf Soleh.

3. Bahawa Manhaj Fiqh di UIM tidak ada ketaksuban dalam manhaj pengajian Fiqh di sana, di mana para pelajar UIM didedahkan dengan mempelajari Fiqh Perbandingan di dalam semua 4 mazhab Fiqh yang utama di mana kitab yang digunakan Bidayatul Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid dari Ibn Rusyd.

4. Bahawa kbykan graduan UIM yang berada dalam kelompok yang hebat dari bidang ilmu dan dakwah , di antaranya Menteri Hal Ehwal Agama sekarang, ( Dato Dr Zulkifli AlBakri) dan juga Menteri yang sebelumnya (Dr Abdullah Md Zin), Dato Dr Radhi, Dato Fathul Bari , dan Dato TG Haji Hadi , Presiden Pas dan ramai lagi.

5. Perlu bagi kita agar tidak berdiam berdiri dan mengambil mudah untuk menghadapi fitnah ini, kerana bahaya dengan diamnya kamu tentang hal ini akan membahayakan diri kamu pada masa terdekat mahupun akan datang.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments