Ulasan Kepada Video Ustaz Mohib Yang Tular Tentang Azan dan Iqamah Di Arab Saudi

OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya



Saya tidak gemar untuk menjawab balas kepada sahabat2 asatidzah Sunnah yang saya kasihi. Tapi fitnah terhadap institusi masjid di Arab Saudi dan kononnya zina mudah berlaku di Madinah hasil dari video Ustaz Mohib Khouli hafizhahullaah perlu saya beri sedikit ulasan, setelah ramai sahabat yang private saya untuk bertanya tentang video tersebut.

Saya tidak setuju bila ada yang marah dan minta agar beliau dihantar balik ke Syria. Semua kita tahu keadaan ahli Sunnah di Syria di bawah rejim Assad. Kita wajib lindungi saudara kita dari kekajaman ini bila kita mampu.

Saya telah pun cuba berbincang dengan Ustaz menerusi Whatsapp tetapi akhirnya beliau beri jawapan dengan link berkaitan beberapa program hiburan di Arab Saudi. Saya katakan pada beliau yang link2 tersebut tidak menghalalkan beliau untuk buat kenyataan palsu tentang azan dan iqamah serta zina di Madinah. 

Saya katakan kita tidak redha dengan maksiat yang berlaku di mana2 negara Islam termasuk di Arab Saudi. Saya juga katakan yang saya berhusnuzzann dengan para masyayikh ulama di Arab Saudi juga takkan redha dengan maksiat2 tersebut.

Akhirnya Ustaz block Whatsapp saya. Jadi saya harap video ini dapat jadi ulasan ringkas untuk betulkan salah faham yang telah ustaz mungkin tidak sengaja timbulkan.

Baarakallaahu feekum.

Ulasan Syaikh Saad Nasir Al-Syithri berkaitan fatwa mikrofon masjid

https://mobile.sabq.org/Md95Sm

Ulasan Syaikh Muhammad ibn Saleh Al-Uthaimin tentang fatwa sama

https://mobile.sabq.org/YjZwnh


Lampiran:






[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments