Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

 OLEH: Abu Taqiyuddin



1. Al-Quran turun dalam Bahasa Arab. Nabi Muhammad S.A.W adalah orang Arab dan bertutur dalam bahasa Arab.


2. Namun dikalangan bangsa Arab sehingga hari ini masih ada yang kafir malah menolak ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat sahaja kepada Kristian Arab di Lubnan, Syria, Mesir, Iraq Palestin dan di tempat-tempat lain.


3. Sedangkan kalau ikut logik akal, kalau orang tu mampu baca dan mampu faham tulisan Arab. Seharusnya dia lebih mudah menerima ajaran Islam.


4. Tidak seperti orang Melayu, majoriti daripada kita kurang mahir berbahasa Arab malah ada yang tak reti berbahasa Arab langsung. Malah ada yang buta dari mengenal huruf-huruf Arab.


5. Namun kita dapati, orang Melayu yang tidak faham bahasa Arab, belajar agama dari buku-buku tulisan roman pada hari ini, dapat memahami Islam.


6. Sekaligus membuatkan aku terfikir dengan kenyataan Dong Zhong, yang katanya tulisan jawi mampu mengislamisasikan anak-anak bangsa mereka.


7. Sedangkan kita dapati, di negara Arab sendiri, tulisan Arab menjadi tulisan dalam bible. Namun tidak pula mereka menjadi Islam.


8. Inilah yang dikatakan hidayah. Dan kita seharusnya berbangga dengan agama kita. Kita bangsa Melayu, yang ALLAH telah pilih untuk dimuliakan dengan Islam.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments