Tidak Sama Semenanjung Dan Sabah.

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis.

Isu seperti ini tidak berlaku di semenanjung kerana majoriti rakyat di semenanjung memiliki kereta atau motor. Kalau ikutkan kawasan lebuhraya pantai barat ( WCE) pun guna design sebegini.

Cuma kesiannya, penduduk Sabah rata-rata miskin, walaupun ada yang kaya dan memiliki kereta. Ramai dikalangan mereka berjalan kaki ke sekolah kerana tidak memiliki motor dan kereta.

Di Selangor khususnya orang kampung pun paling kurang ada motor, jadi tiada isu kalau jalan roundabout dan u-turn jauh sikit daripada yang asal. Tapi di Sabah ni, yang berjalan kaki ke bandar pun ramai, yang mampu sikit, diorg naik prebet. 

Sebab itu, kalau di Sabah, sepatutnya kontraktor perlu tengok dan utamakan jalan asal atau kawasan kampung berbanding taman perumahan. Rata-rata yang berjalan kaki ini, mereka yang menetap di kawasan kampung. Jadi bila jauh sikit jejantas atau kawasan pejalan kaki, mereka lebih sanggup tanggung risiko melintas dikawasan yang lebih dekat.
 
Jangan samakan dengan situasi di Selangor contohnya, disana jejantas pun cuma digunakan oleh pelajar sekolah je. 

Sama juga isu jambatan gantung yang viral baru-baru ini, lebih kepada ketidakmampuan untuk membeli kereta dan motor. Jadi walaupun ada jambatan yang cantik tetapi agak jauh, mereka lebih sanggup menyabung nyawa meredah menggunakan jambatan gantung yang uzur.



Comments