Malaysia, Indonesia Setuju Martabatkan Bahasa Melayu

 OLEH: Taufiq Tuah

Pada 1 April 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kerana bersetuju untuk bersama-sama memperkasakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun.

Ismail Sabri berkata, beliau dan Jokowi telah bersetuju akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa yang disertai mereka.

“Kita bersetuju jika kita bersama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu ini mungkin satu hari nanti boleh dijadikan sebagai bahasa ASEAN.

“Antara bahasa yang merupakan bahasa Melayu adalah bahasa Melayu, Malaysia; bahasa Melayu, Indonesia; bahasa Melayu, Brunei; bahasa Melayu, Selatan Thailand; bahasa Melayu, Champa;

bahasa Melayu, di Kemboja dan bahasa Melayu di Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama, Jokowi dalam sesi lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia.

Satu perkembangan yang sangat baik. Kita dapat melihat kedua-dua negara rumpun Melayu ini bersetuju dan bersatu hati dalam memartabatkan bahasa ke peringkat antarabangsa. Mengenepikan ego dan perbezaan, mampu menjadikan kita sebagai rumpun yang hebat.

Inilah permulaan bagi kegemilangan!


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Comments