Mohamad Bin Salman: Liberalis Arab Saudi?

 OLEH: Taufiq Tuah




Ramai yang gusar dan takut, kemudian tanya "Sekarang Saudi dah macam teruk la. Konsert la pesta Haloween la blablabla. Macam mana ya?"

Jawapan saya, Arab Saudi ialah sebuah negara biasa yang tidak maksum. Maklum saja, pemerintahnya semua manusia. Bukan wali bukan nabi.

Ya, saya juga sedar negara itu semakin hari semakin liberal. Semakin terbawa-bawa 'lagha' dunia. Negara ni tidak seperti yang kita kenali ketika pemerintahan Raja Faisal. Apa tindakan kita apabila sedar dengan hal ni?

Saya sarankan untuk kita doakan yang terbaik untuk Arab Saudi. Negara ini yang menjadi khadam kepada 2 tanah suci. Sepanjang berpuluh tahun dua tanah suci kita dijaga baik dan rapi.

Infrastruktur terjaga rapi. Perkara khurafat di 2 tanah suci ini dibendung dengan baik. Perjalanan jemaah haji setiap tahun berjalan lancar. Masjid di besarkan bagi memuatkan lebih banyak jemaah. Tidak terlupa, roket durjana dari Syiah Yaman yang menghala ke ke Mekah juga ditepis berkali-kali oleh tentera Arab Saudi.

Maka berdoa agar pemerintah Arab Saudi diberikan taufiq dan hidayah itu lebih utama berbanding menggantikan negara lain untuk menjaga 2 tanah suci.

Adapun pelbagai maksiat yang berlaku di Riyadh, kita berlepas diri. Jika hanya sebab itu kita nak suruh negara lain yang jaga 2 tanah suci, maka negara lain mana yang bebas daripada konsert dan maksiat?

Turki, majoriti Muslimah di sana pun tidak bertudung dengan syariat. Begitu juga dgn beberapa negara Arab. Iran, pastilah semakin banyak sambutan keji rekaan baharu yang muncul di tanah suci. Sudan, berapa sangat dana yang boleh diberikan untuk penyelenggaraan Mekah dan Madinah?

Malaysia dan Indonesia? Brunei Darussalam? Cukuplah buat saya tersenyum.

Di negara-negara lain, konsert dah dianggap normal dan tidak berdosa lagi. Liberal? Negara lain tidak pun dirikan hudud seperti Arab Saudi.

Ya, Arab Saudi pimpinan MBS semakin lama semakin lompang kerohaniannya. Namun teruskan lah berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Biarkanlah yang mengeji itu hanya pembenci yang membuta tuli.


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Bani Saud: Kontroversi Yang Tidak Terpadam.
Nak dapatkan manfaat buku ini?



Comments