Aqidah Ialah Benteng Muslimin Palestin

 OLEH: Taufiq Tuah

Apakah point 'aqidah' sebagai benteng Muslimin? Sebab dalam kebanyakan isu yang saya ulas, saya akan terus sebut 'perbetulkan aqidah' sebagai jalan penyelesaian.

Termasuk juga di isu Palestin, memperbetukan akidah ialah jalannya. Tapi mungkin ada yang masih kabur apa kaitan kemerdekaan Palestin dengan aqidah?

Maka saya akan beri beberapa point.


1. PENYATUAN ATAS NAMA AQIDAH

Ini saya dah banyak kali sebut, penyatuan mestilah kerana aqidah. Bukan kerana nasionalis atau kaum Arab jauh sekali parti politik. Apabila berjuang, tidak lain tidak bukan kerana bentengi aqidah.


2. MENGENAL KAWAN

Daripada aqidah yang sahih, maka kita kenali kawan yang sahih. Pastikan kawan perjuangan kita ialah kerana perjuangan yang sama. Bukan ketika berjuang seiringan, ketika menang membawa haluan masing².


3. MENGENAL MUSUH

Musuh utama setiap Ahli Sunnah ialah mereka yang melawan aqidah kita dan mendakyahkan kesyirikan. Maka bagaimana pula kita akan bersama dengan aqidah yang berbeza dengan kita? Contohnya Syiah, yang aqidahnya sahaja telah bangga untuk mengeji para sahabat.


Bagaimana boleh kita mampu duduk semeja dan sebulat suara dengan musuh aqidah ini? Itulah yang terjadi bila kita buta aqidah. Sehingga musuh dianggap kawan.


4. KHULAFA AR-RASYIDIN

Kegemilingan Khulafa Ar-Rasyidin ialah ketika zaman Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar. Ketika aqidah yang sahih kukuh dan tidak dipersoalkan.

Kegemilangan ini merundum di zaman Saidina Uthman, di mana muncul giat aqidah sesat seperti Khawarij dan Syiah di zaman itu.


5. JANJI ALLAH

Apabila Allah menjanjikan kemenangan Islam, adakah Allah janjikan kemenangan Islam itu ialah kerana penyatuan Ahli Sunnah dengan aqidah² sesat? Pastinya tidak.

Dalam hadith yang lain mengatakan umat Islam akan terbahagi kepada 73 golongan. Hanya satu yang ke syurga dan yang lain ke neraka. Maka Allah menjanjikan itu hanya satu iaitu aqidah yang benar dan sahih yang memegang Al-Quran dan Sunnah.


Kesimpulannya, kembali kepada pemantapan aqidah. Apalah guna teriakkan "Jom perang di Palestin", sedangkan masyarakat kita sendiri masih sibuk menyarung tangkal dan mencari azimat supaya kebal tak tertembus keris. Tak mahu syahid mungkin. Jahil aqidah.

Kaedah yang saya kemukakan ini memang ada contohnya di zaman nabi dan para sahabat. Mengukuhkan pendidikan aqidah ialah batu asas kepada kemenangan. Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara² kita di Palestin.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments