Bagaimana Saya Boikot?

 OLEH: Taufiq Tuah




'Musim' Palestin datang hampir setiap tahun. Maka akan tibalah acara mem-boikot produk² tertentu yang dikatakan membantu Israel membeli peluru. Begitulah acara ini dilakukan saban tahun tanpa ilmu malah tanpa istiqamah pun.

Persoalan yang patut ditanyakan ialah, adakah benar produk kita boikot itu benar² memberikan dana untuk beli peluru Israel? Perlu difahamkan bahawa hanya dengan sangkaan dan poster² murahan yang tersebar di sosial media tidak pun menjadi bukti kepada tuduhan ini.

Sebagai contoh McDonalds, Pizza Hut dan KFC franchise-nya di Malaysia ialah 100 hak milik Muslim. Malah McDonalds telah dengan 'try hard' ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa McD Malaysia tidak ada kaitan dengan Israel.

Jadi bagi saya, jika ada penafian malah pihak franchise Malaysia sendiri telah menafikan. Sudah cukup untuk boikot mereka. Saya faham akan ada yang rasa usaha McD Malaysia tak cukup. Sampai nak setiap McD Malaysia kibar bendera Palestin di setiap cawangan dll.

Tapi tulah, kalau dituruti kehendak itu pasti akan ada lagi tuntutan lain dan lagi dan lagi tak berkesudahan dan orang akan tetap boikot.

Duit royalti ialah sistem perniagaan yang normal. Benar, hasil duit royalti digunakan untuk penyelenggaraan operasi HQ dan dividen² pelabur mereka. Tuduhan satu ringgit satu peluru Israel ialah kempen syakwasangka. Mungkin sahaja jika Burger Ramli ada di Tel Aviv, mereka akan kempekan juga satu shekel satu peluru H4M45.

Cadangan saya, boikot produk yang dengan jelas HQ nya mengeluarkan kenyataan menyokong musuh-musuh Allah kemudian franchise-nya di Malaysia hanya senyap dan tak buat bantahan.

Contoh produknya, Starbucks yang sehingga saya menulis ini, tidak ada sebarang bantahan franchise Malaysia tentang kenyataan HQ mereka. Starbucks Malaysia boleh buat penjelasan atau boleh terus bisu. Pengguna akan terus menilai.

Kerana kita menilai yang zahir, dan sesetengah 'brand' ini telahpun menzahirkan 'side' mereka.

Juga boikot bersama produk yang mana kerajaan minta untuk boikot. Persoalan, ada ke produk yang kerajaan suruh boikot?

Ada tapi bersifat tertutup. Alhamdulillah saya sempat menyertai sukarelawan untuk program Pengumpulan Barangan Bantuan Misi Kemanusiaan Malaysia untuk Rakyat Palestin di Gaza anjuran Wisma Putra. Di sana, barang yang dikumpulkan untuk bantuan hanya daripada produk daripada negara yang Pro-Palestin.

Antara brand yang kami terpaksa tolak dari gudang pengumpulan ialah barangan² yang berjenama negara dari negara pro-Israel. Termasuk Nestle, Huggies, Mami Pokko dll. Maka di sini, saya bersama dengan pemerintah, memboikot produk² ini ketika misi ini atas perintah ulul amri.

Namun boikot yang sama tidak diseru untuk waktu kebiasaannya. Maka kaedah boikot saya kembali kepada kaedah awal di mana memboikot produk yang dengan jelas menzahirkan sokongan kepada Israel.

Akhir sekali, ada baiknya kita boikot juga produk-produk lagha yang tak menguntungkan pun umat Islam. Alhamdulillah secara globalnya, produk seperti Netflix, Disney + dll juga turut jatuh kerana kesan boikot. Produk seperti ini yang cuba menormalisasikan maksiat dan LG6T di dalam masyarakat. Filem dipaparkan tanpa tapisan dan pengawasan.

Juga tak lupa produk yang sudah wajib diboikot ialah seperti produk arak, rokok, judi dan yang sewaktu denganya.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments