Palestin: Unpopular Opinion

 OLEH: Taufiq Tuah


Bagaimana kedudukan saya isu Palestin? Dikala mana orang sedikit demi sedikit mengalihkan pandangan kepada isu rumah tangga Pokya Concodei dan bergaduhan keluarga Shila Amzah, saya kira saya ingin kembalikan tolehan kita ke isu Gaza.

Saya dah pun tulis serba sedikit berkenaan ini di link: https://legasipemikir.blogspot.com/.../politik-dalaman... tapi saya kira ada lagi yang perlu ditambah.

Saya secara peribadi berpandangan Palestin sepatutnya hentikan perpecahan politik. Sungguh demokrasi telah berjaya memecah belahkan.

Persoalannya ialah atas dasar apa penyatuan ini boleh berlaku? Atas nama parti Barisan Perikatan Muafakat Harapan apa yang boleh satukan parti2 pelbagai ideologi di sana?

Maka saya sepintas kata sebelum ini perlunya dakwah aqidah dan tauhid agar penyatuan mereka akan bersatu atas aqidah yang sama.



Memang saya kira H4M45 agak tersilap langkah dan berharap agar mereka lebih realistik. Namun memahami mereka yang berada di kancah itu, keluarga mereka terkorban depan mata. Emosi ketika di sana belum tentu dapat kita kawal.

Tapi tetap tidak mengubah pandangan saya bahawa penyatuan mereka sangat perlu.

Saya kurang setuju dengan Ikhwanul Muslimin (IM) dalam kebanyakan hal. Terutamanya dalam hal mereka bersatu dengan semua orang namun tidak mengambil peduli aqidah mereka. Maka di dalam banyak hal, IM boleh berurusan dengan Khawarij, dengan Syiah hatta dengan Kafir sekalipun demi mencapai satu matlamat.

H4M45 ialah IM, maka pendekatan yang sama dibawa dan mereka pun mendapat bantuan dari proksi² Syiah. Sedangkan cadangan saya tadi ialah, penyatuan perlu berlaku atas dasar aqidah.

Bayangkan jika Al-Quds dibebaskan oleh bantuan Syiah lalu mereka meminta untuk ada quota dan kawasan gazet khas untuk pengikut mereka di masa akan datang. Dalam hal ini sebenarnya kita kalah.

Ramai yang kata kena ketepikan perbezaan aqidah dalam hal Palestin. Saya cuma nak jelaskan, adakah bila Allah dah janjikan kemenangan, maka Syiah sebahagian dari kemenangan itu?

Sedangkan dalam hadith yang sahih 72 golongan masuk neraka dan yang terselamat hanya 1. Bukannya ada 1+1.

Walaupun yang berkonflik sekarang ialah H4M45, jangan pula kita lepas tangan hanya sebab kita tak sebulu dengan mereka. Kerana mangsanya tetap juga orang awam dan target mereka ialah Baitulmaqdis.

Maka bersifat lepas tangan dengan isu Palestin ialah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Berhenti tuding jari kepada negara-negara Islam ni hatta kepada kerajaan Madani sekalipun. Kononnya kerana mereka tak hantar tentera. Boleh dengar penjelasan kenapa Arab tak hantar tentera di video podcast saya: https://youtu.be/HRaPHJKcrUI?si=eZxlmZFN5t1shn2m .

Kesimpulan saya jelas, perlunya dakwah aqidah dan penyatuan perlu atas aqidah. Penyatuan atas dasar politik atau nasionalis atau perkauman ialah penyatuan yang longgar. Jika penyatuan dalam Palestin sahaja telah berkisarkan aqidah, maka penyatuan dari luar juga akan datang demi aqidah. Insyaallah.

Jika penyatuan datang kerana nasionalis Palestin, maka yang akan bantu berjuang pun tidak lah sesemangat mengibarkan Jalur Gemilang. Jika penyatuan kerana kaum Arab, maka kami yang bukan Arab pula tak akan bersama semangat dalam perjuangan. Maka gempur aqidah. Aqidah kita ini kita perjuangkan bersama.

Nescaya bukan sekadar Al-Quds, tapi kekuatan yang seperti ini juga bakal membebaskan Al-Hind, Al-Hambra, Beijing, NY mahupun Moscow.

Di Malaysia alhamdulillah Gerakan PENA Malaysia sedang menjalankan Misi Gerak Aqidah yang mana Ustaz Abu Faroq sebagai penasihatnya. Boleh PM untuk tengok proposal.

Kebangkitan Khulafa Ar-Rasyidin bermula kerana kesatuan aqidah. Lalu jatuh kerana semakin kurang kesatuan aqidah. Terutamanya kuat pula Khawarij dan Syiah di era itu.

Saya buka ruang diskusi di bahagian komen.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments