Politik Dalaman Palestin

                                                                                                                            OLEH: Taufiq Tuah


Ada baiknya di waktu ini admin tunjukkan secara ringkas dan mudah keadaan politik di Palestin. Di sana, mereka juga mempunyai parti politik dan yang paling terkenal ialah Fatah dan H4M45.

Di Gaza

Dikuasai oleh H4M45 iaitu cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. Diasaskan oleh Dr Abd Aziz Rantisi, Sheikh Ahmad Yasin dan beberapa lagi tokoh ikhwan lainnya.


Di Tebing Barat

Dikuasai oleh Fatah. Fatah ialah rentetan kepada usaha pembebasan Palestin daripada PLO yang diasaskan oleh Yasser Arafat dan beberapa tokoh lainnya. Kemudiannya diwujudkan Fatah untuk menyambung legasi PLO.


Fatah dan H4M45 mempunyai pendekatan yang agak berbeza dalam membebaskan Palestin. Namun disebabkan Palestin tiada ketenteraan sendiri, maka hampir semua parti politik di sana akan ada sayap tenteta sendiri.

Presiden Palestin kini ialah Mahmoud Abbas daripada Fatah manakala ketua H4M45 pada hari ini ialah Ismail Haniyeh.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments