PKR Parti Liberal International

 OLEH: Taufiq Tuah


Parti Keadlian Rakyat (PKR) disebut sebagai parti liberal ialah kerana PKR dikatakan berada di dalam keanggotaan Liberal International (LI). Turut bersama di dalam LI ialah Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN).

Pada tahun² sebelum ini pun saya pernah buka laman web rasmi LI dan memang ada logo dan nama PKR sebagai 'observer'. Memberikan isyarat bahawa PKR memang senada dengan pandangan liberal.

Sehinggalah baru tadi saya semak kembali laman web rasmi LI dan mendapati logo dan nama PKR telah diturunkan. Mungkin kerana kontroversi yang berlaku semenjak dua ini.

Pertamanya saya nak jelaskan apa itu liberal? Definisnya dan pemahamannya berbeza-beza mengikut individu. Di dalam pandangan ramainya masyarakat Malaysia, liberal ialah ideologi yang mengajak untuk memisahkan dunia dengan agama. 

Tak lupa juga ramai menganggap bahawa Liberal ialah sekular malah ada yang kata liberal semakna dengan hedonisme. Mudah kata mengikut kefahaman ramai orang, liberal ialah golongan yang tidak ambil berat tentang agamanya.

Adapun kalau tanyakan saya, liberal ialah sifat terbuka atau sifat menerima keterbukaan dengan apa sahaja. Berpandangan bebas dan terbuka ialah maksud liberal. Namun bukan kerana mereka berfikiran bagus tetapi kerana mereka bebas dan tiada agama yang 'guide' pemikiran mereka. Maka bebaslah.

Secara umumnya, apa sahaja sifat penerimaan terbuka ialah sifat liberal.

Namun jika disebutkan istilah liberal di dalam politik, maka liberal ialah kata antonim kepada konservatif. Atau secara mudahnya, meraikan golongan minoriti dan berhaluan kiri sesebuah masyarakat.

Sebenarnya makna liberal di dalam sektor politik lebih lunak berbanding pemahaman kebiasaan masyarakat. Malah makna yang lebih tepat untuk perkataan 'liberal' mengikut pemahaman masyarakat ialah 'Free Thinkers'. Malah sheikh² Islam juga banyak menasihati kita tentang golongan yang disebut sebagai 'hurriyatul fikr' ini.

PKR secara politiknya memang lebih cenderung kepada liberal. Termasuk di dalam perlembagaan parti 5.4 iaitu "Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua."

Maka saya rasa tak pelik jika PKR ada di dalam LI. Cuma saya tak tahu kenapa nama PKR baru-baru ini diturunkan.

Namun ada baiknya kontroversi ini dimainkan kerana jika tidak, mungkin logo parti pemerintah kita masih ada di dalam LI yang jijik itu.

Malah suara PMX pula tegas dengan berkata "Kita (PKR) pada peringkat awal (menjadi) associate, tapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (ElGiBiTiy) serta pendirian (menyokong) Israel, kita tidak menjadi ahli," - 7 Nov 2023.

Kata² PMX ini bukan sahaja menolak LI malah juga menolak terus anasir ElGiBiTiy dan pro-Israel di dalam negara. 

Semoga Allah merahmati Malaysia dan sentiasa memberikan taufiq dan hidayah kepada PMX.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments