Kenapa Negara-Negara Tentera Islam Tak Pergi Gaza?

 OLEH: Halim Abdurrahman


Cerita tentang Gza, masih ramai bising kenapa tentera negara Islam seperti Saudi, Turki, Qatar, Mesir, UAE, Jordan dan lain-lain tidak menyerang Ishell sebagai upaya membantu Gza. Mari kita lihat bagaimana gambaran sebenar. 

Pertama, Ishell adalah antara negara terkuat dunia dari sudut persenjataan. Menyimpan sekitar 80 atau 100 peledak nuklear. Saudi, Mesir mahupun Turkey tiada senjata ini.

Kedua, keutamaan Saudi melindungi Makkah dan Madinah. Mengelak mencari perang dengan Ishell antara cara mereka melindungi dua tanah suci tersebut. Ketika zaman Hajjaj bin Yusuf As Tsaqafi, struktur Kaabah pernah rosak disebabkan lemparan peluru batu dari senjata manjanik yang dilempar. Ramai dalam masjidil haram terbunuh termasuk para Sahabat. Kini, bagaimana keadaan jika ia di hentam roket peluru berpandu balistik dari Tel Aviv?

Ketiga, Ishell akan dibantu penuh oleh negara sahabat mereka jika Ishell diserang. Antara yang akan beri bantuan seperti Britain, Amerika, Itali, German, Kanada, Australia, India, New Zealand, Belanda, Perancis dan beberapa negara lain. Ibarat, sekiranya Turki atau Mesir melancarkan perang, hanya dalam beberapa tempoh Kaherah dan Istanbul akan menjadi kota terbakar.

Keempat, kekuatan ketenteraan negara Islam tidak standing pihak lawan. Sebagai contoh Mesir, nampak sahaja tentera mereka kuat dari sudut anggota dan persenjataan, hakikat mereka miskin. Mereka mungkin boleh berperang dalam satu atau dua siri sahaja, kemudian lemah. Kerana tidak mampu menanggung kos.

Kelima, Ishell tidak sama seperti Russia. Jika Russia dikecam badan dunia akibat tindakan perang, mereka akan cuba kurangkan kesan peperangan yang mereka buat dan tidak mahu melibatkan orang awam. Tetapi tidak bagi Ishell, setiap kali mereka dikecam walaupun kecaman itu datang dari ICJ, ICC dan badan utama dunia, Ishell akan tingkatkan serangan dan bunuh lebih ramai orang awam. Hal itu, PBB pun tidak mampu berbuat apa-apa. Betapa tinggi sombong dan bongkaknya Ishell, seolah ia mahu mengatakan tiada siapa boleh mencabar mereka meskipun malaikat dari langit. 

Jadi, setakat bunuh lebih 36,000 penduduk Gza, bom kawasan penempatan awam dan segala perbuatan itu tidak dapat diambil tindakan oleh PBB mahupun mana-mana negara lain. Agaknya jika mereka mahu jatuhkan nuklear di Madinah, Kaherah, Istanbul dan Amman, agak-agak PBB dapat halang tak?

Situasi-situasi seperti inilah membuatkan negara Islam berada dalam dilemma, dituduh bacul dan sebagainya. 



Teori. Jika mahu betul-betul berperang dengan Ishell, ia perlu dibuat dalam satu hari dan mengejut, pastikan negara tersebut hancur lebur sampai kerajaan itu benar-benar lenyap dalam tempoh beberapa jam. Manakala US dan Britain, bangun sahaja dari tidur, terkejut dengar berita kawan sudah arwah. Tak sempat nak buat apa-apa.

Terakhir, kita kena akui umat ketika ini dalam keadaan lemah. Bukan sahaja lemah dari sudut takwa dan cara beragama, bahkan lemah perkara lain seperti penguasaan teknologi, ekonomi dan sebagainya. Kita masih lagi terkebelakang dan merangkak mengejar negara maju.

Selama 200 tahun, kita membiarkan bangsa Yahudi menguasai ekonomi, kemudian berdikit-dikit menjadi kuasa pempengaruh yang sukar dicantas. Lalu kita ikut berpaut di bawah mereka, atas alasan kerjasama. Lama kelamaan, mereka pegang 'telur' setiap kuasa perang dalam dunia, menguasai pemimpin-pemimpin negara agar ikut telunjuk mereka.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments