ANAK SEKARANG DAH KURANG NAMA MOHD?

 



Inilah tajuk yang sengaja dijadikan headline artikel laman-laman berita. Sekali baca macam kita dah taknak namakan anak kita Muhammad lagi. Tapi lepas baca 'threads' dari JPN, ohh ada benda lain rupanya.

Threads JPN rasmi itu tertulis,
"Nama yang tiada dah pada anak2 sekarang: MOHD. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad".

Bagi saya, apa yang JPN buat ni bagus memandangkan mereka perlu merekodkan nama-nama ini secara rasmi. Kita bangga letak nama anak kita Mohamad tapi tak bangga nak eja penuh nama mulia itu pada dokumen rasmi mereka?

Juga saya setuju nama yang ada "Abdul" jangan di "Abd"-kan. Tengku tak perlu di "Tg"-kan. Biarlah di dokumen rasmi, nama² ini diraikan selayaknya.

Walaupun sekarang kena eja panjang, nama Muhamad di Malaysia pada 2024-2025 sahaja sebanyak 6603 pendaftaran baharu. Malah nama paling dominan di Malaysia melangkaui Siti, Nur, Abdul, Abdullah dan Nurul.

Di seluruh dunia pula kira² ada 133,349,300 nama Muhamad dengan pelbagai variasi ejaan. Itupun yang terbanci sahaja ya.

Saya sedar, ramai yang buat nama anak sekarang macam Rayyan, Daniel, Zarif dll. Dah takda nama Masjuki, Baswedan atau Jaafar. Tapi parent zaman ini masih juga ramai letak nama Muhamad Rayan atau Muhamad Zarif.

Pastinya antara nama yang baik itu ialah nama-nama para anbiya, termasuklah nama Rasulullah Salllahu Alaihi Wasalam. Wallahualam.

Taufiq Tuah
08.05.26 | 20.11.47


Comments